“Tak Galak Rawat HFMD Guna Serbuk Kunyit Dan Daun Semambu” – KKM

Berita

“Tak Galak Rawat HFMD Guna Serbuk Kunyit Dan Daun Semambu” – KKM

Peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak kebelakangan ini dalam kalangan kanak-kanak sememangnya membimbangkan ibu bapa pada ketika ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan kepada orang ramai untuk berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan.

Advertisement
HFMDSumber : Google  

Lapor Bernama, Noor Azmi juga tidak menggalakkan rawatan alternatif kerana ia tidak dipastikan kesahihannya dari sudut sains dan tiada rawatan khusus dari sudut sains bagi merawat penyakit tersebut.

Antara rawatan alternatif yang sering diguna pakai orang ramai adalah seperti penggunaan serbuk kunyit atau daun semambu seperti yang digunakan dalam rawatan campak dan cacar air.

Kita juga bimbang gejala dehidrasi. Jadi kanak-kanak yang terkena HFMD perlu dipastikan minum air secukupnya. Jika langsung tidak boleh minum air, memang perlu diberikan secara intravenous dan dibawa ke hospital.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham melaporkan jumlah kes HFMD di negara pada ketika ini meningkat dengan kadar yang cukup membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

lrt
3 bulan lalu

"Bazir Masa, Tenaga, & Duit" - Perkhidmatan LRT Rosak Tiap Minggu, Ramai Pengguna Luah Rasa Tak Puas Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...