December 18th, 2014

Yeah~~~ Selaku rakyat Malaysia, bangga Abang Nara mendengar perkembangan Puteri Balqis ini. Sejak memenangi kategori pelakon wanita terbaik untuk Anugerah Skrin 2014 dan Asian Television Award, nampaknya nama Puteri Balqis semakin dikenali. Kehebatan Puteri Balqis kini turut mencuri perhatian Walt Disney, penerbit dari Amerika Syarikat dan juga Australia. Hebat!!!

puteri balqis

Berita gembira ini telah dimaklumkan oleh bapa kepada Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz. Untuk makluman, sPengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby turut menyatakan minat untuk menyunting anaknya menyertai saluran tersebut. Itu adalah satu perkembangan amat yang mengujakan. Kata Azizi:-

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya selama ini mula menampakkan hasil apabila dia didatangi pelbagai pihak yang ingin mempelawanya terlibat dalam projek mereka. Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut

puteri balqisApa pun, Azizi menegaskan bahawa hanya akan menerima tawaran untuk anaknya sekiranya ia tidak menganggu pelajaran Puteri Balqis. Satu keputusan yang amat bagus pada pandangan Abang Nara. Berlakon-berlakon juga, pelajaran jangan dilupakan. Semoga selepas ini nama Puteri Balqis akan lebih dikenali. Tahniah!!! Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...