Sedia maklum, hujan lebat secara berterusan sejak beberapa hari yang lalu telah menyebabkan kebanyakkan kawasan ditenggelami dengan air dan sudah semestinya situasi ini menimbulkan kesulitan untuk mereka yang terjejas kerana terpaksa dipindahkan buat seketika ke pusat pemindahan.
Namun, perkara yang lebih menyedihkan apabila mangsa-mangsa banjir ini terpaksa menanggung kerugian yang agak besar kerana kerosakan harta-benda.
Tidak terkecuali, seorang guru mengaji iaitu Mohd Sofee Mustafa turut diuji apabila pusat mengaji Al-Quran secara percuma, Geng Ngaji yang ditubuhkan di Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan hampir saja musnah kerana dinaiki air.
Mohon doa semua. Tempat ngaji Al Quran aku hampir semuanya musnah akibat banjir. Stok ikan Talapia kami 10 ribu kg terlepas. Bangunan dan barangan elektrik rosak. Ratusan ribu kerugian. Seolah olah aku kena mula semula dari zero. Tak pernah seburuk ini banjir sejak puluh tahun. pic.twitter.com/qSm35p1wd2
— Mohd Sofee Mustafa (@UstazSofee) December 18, 2021
Menurut Mohd Sofee, bencana yang melanda kali ini menyebabkan kebanyakkan perabot dan peralatan di pusat mengaji terbabit rosak teruk.
Tetapi ada perkara yang lebih menyedihkan apabila beliau memberitahu ikan dan ayam ternakannya tidak dapat diselamatkan, sekali gus menyebabkan dirinya terpaksa menanggung kerugian yang amat besar.
10,000 kilogram (kg) stok ikan talapia terlepas sebab air memenuhi kolam. Ayam pula lebih dari 200 ekor semua mati.
Biarpun menanggung kerugian yang besar, jejaka ini tetap bersyukur kerana banyak pihak yang turun pandang menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan berkumpul di pusat mengajinya dari hari pertama menghadapi ujian ini.
Bagi yang ingin mengulurkan bantuan kepada Encik Mohd Sofee, anda boleh menghubungi di talian 019-619 1930.