Nak Tengok Keadaan Rumah, Wanita Sanggup Jalan Kaki 8 Jam Redah Banjir Dan Hujan Lebat

Berita

Nak Tengok Keadaan Rumah, Wanita Sanggup Jalan Kaki 8 Jam Redah Banjir Dan Hujan Lebat

Sungguh menyayat hati melihat seorang ibu bersama anak perempuannya sanggup berjalan kaki kira-kira lapan jam dari sebuah stesen minyak di Shah Alam hendak pulang ke rumah mereka di Bandar Putera Klang akibat kenderaan rosak dan cuba untuk meredah banjir serta hujan lebat.

Menurut Hayati Halim yang merupakan seorang jururawat, dia bersama anaknya pulang dari kampung terletak di Bagan Serai, Perak selepas jirannya menghubungi beliau memberitahu rumah sudah dinaiki air sehingga paras dada.

Advertisement

Saya hendak tengok dahulu apa keadaan di rumah dan sedang menunggu bot. Nak tengok apa yang boleh diselamatkan.

Banjir di pelabuhan klangSumber : Google 

Difahamkan, wanita berusia 44 tahun ini ditemani anak perempuannya berumur 16 tahun, manakala suami dan seorang lagi anaknya menguruskan kereta mereka.

Pihak Harian Metro yang sedang dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan serta tinjauan keadaan banjir disana menemui Hayati di tepi jalan sekitar jam 1 pagi.

Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa buah kenderaan ringan berpatah balik kecuali penunggang motosikal yang terpaksa menolak motosikal masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Pahang, Perak, Selangor diramal hujan lebat tahap bahaya
2 years ago

Perak, Pahang, Selangor Diramal Hujan Lebat Tahap Bahaya Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...