Usahawan terkenal, Dato Seri Vida atau DSV mempersoal Aliff Aziz tentang kewangannya selepas menerima banyak tawaran sejak menjuarai Gegar Vaganza musim ke-8.
Mana duit? Kenapa tak ada rumah?
Menerusi videonya di TikTok, DSV memetik kenyataan diberikan Sarah sebelum ini yang berkata Aliff tidak mempunyai rumah pada tahun 2019.
Sarah cakap Aliff 2019 tak ada rumah, tak boleh balik rumah. Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi.”
Anak emas Astro, job puluhan ribu sebulan
DSV turut mendakwa Aliff yang dikatakan anak emas Astro ini mendapat banyak tawaran kerja sehingga ratusan ribu ringgit sejak menjadi juara.
Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi.”
Ujar DSV, dia lebih memandang kepada sisi kewangan jadi disebabkan itulah tertanya tentang pengurusan kewangan aktor dari Singapura tersebut.
Tapi yang saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke? Saya ni melihat dari segi kewangan, sila jawab.”
@datoserividaofficial Lepas satu dua masalah timbul 🤣 bila nak habis daaaa #datosrivida #quputehbarulahputeh #fyp #aliffaziz ♬ original sound – jharna bhagwani
Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi pelbagai respon daripada netizen yang bersetuju dengan persoalan DSV terhadap Aliff itu malah ada yang berpendapat penyanyi terbabit seharusnya sudah boleh memiliki rumah dan harta lain.