Makin Hari Makin Banyak Pendedahan Isu Curang, Aepul Roza Sempat ‘Menganjing’ Cipta Lagu – “Lagunya Bertajuk I L U”

Hiburan

Makin Hari Makin Banyak Pendedahan Isu Curang, Aepul Roza Sempat ‘Menganjing’ Cipta Lagu – “Lagunya Bertajuk I L U”

Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kita kacau bilau dan kecoh disebabkan pendedahan kes curang dan skandal dalam kalangan selebriti.

Bukan hanya seorang dua tetapi beberapa nama selebriti lain turut terbabit dalam isu curang ini.

Advertisement

 

Sempat ‘menganjing’ dalam lagu

Sudah tentulah ia menjadi topik bualan hangat netizen di media sosial terutamanya dan ada juga rakan artis yang turut memberikan respon mereka berkaitan isu curang yang tular kini.

Vokalis Drama Band, Aepul Roza mencuri perhatian netizen selepas dia memuat naik video menyanyikan lagu ciptaannya sendiri yang diberi judul ‘I L U’.

Menerusi TikTok, nyanyian Aepul mengundang pelbagai respon daripada warganet yang seperti tahu tentang siapakah lagu itu. Antara lirik lagu tersebut,

Sepandai pandai engkau melipat, jatuh ke tanah ditembak dek tangkap layar. OH NO! Mati mati tak mengaku, tahu tahu I L U. Pura pura tersakiti, diam diam 1 4 3.”

@aepulrozaBila ada drama, mestilah kena ada OST kan? 🤪 Lagunya bertajuk; I L U♬ I L U – Aepul Roza

 

Meskipun tidak menyebut mana-mana pihak namun sudah tentu ramai seolah-olah mengerti dan ‘faham sendiri’ lirik tersebut ditujukan kepada siapa apatah lagi ia mengandungi shortform seperti ‘I L U’ dan ‘143’.

Dalam pada itu, sesetengah individu memuji lagu pendek yang dicipta oleh Aepul itu sedap didengar malah ramai mencadangkan untuk mendengarnya dengan kelajuan 1.5x atau 2x.

risteena
1 week ago

"Satu Family Si NRF Ni Tak Tahu Malu" - Risteena & Adik Ruhainies Guna Kapsyen 'LUSM' & 'MUSM' Teruk Dihentam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...