Pulang Ke Malaysia Kerana Diceraikan Suami? Azah Aziz Buka Mulut – “Ada Yang Label Saya Pelac*r Kanak-Kanak”

Hiburan

Pulang Ke Malaysia Kerana Diceraikan Suami? Azah Aziz Buka Mulut – “Ada Yang Label Saya Pelac*r Kanak-Kanak”

Pelakon dan juga model, Azah Aziz mengakui dia berasa sukar untuk menyesuaikan diri berada di Malaysia kerana sudah terlalu lama menetap di luar negara.

Ujar Azah, dia perlu berpakaian lebih sopan dan menjaga penampilan kerana ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masyarakat di sini.

Advertisement

Kalau di Montreal, Kanada, tiada siapa yang memandang cara berpakaian saya. Tapi lain jika di Malaysia, saya kena jaga penampilan agar tidak terlalu terdedah.

Perhatian saya terima tidak sama dengan di luar negara. Kalau terserempak dengan peminat, mereka nak bergambar dengan saya. Saya kena jaga cara berpakaian supaya tak tular kemudian hari.

Dalam pada itu, Azah juga menafikan sebab utama dia pulang ke Malaysia adalah kerana diceraikan suami, Daud Leroy Abdullah.

Yang kecam itu saya dah biasa hadap, tapi yang buat cerita ini yang saya tak faham. Saya tak nafikan, ada yang berspekulasi dakwa saya pulang ke Malaysia kerana diceraikan suami.

Malah, Azah mengakui emosinya turut terganggu apabila ada yang melabelnya sebagai pelacur gara-gara tular kembali foto lamanya bersama suami.

Gambar tersebut tular seluruh dunia, sehingga ada yang melabel saya pelacur kanak-kanak dan menuduh suami saya pedopilia hanya kerana saya seperti remaja bawah umur ketika berkahwin.

Terdahulu, Azah mengumumkan dia dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah 20 tahun menetap di Kanada.

Azah berhijrah ke negara itu setelah bernikah dengan suami, Daud Leroy Abdullah pada tahun 1995. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan tiga orang anak lelaki, Aaron,26, Ryan,20 dan Justin,17.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Nordiana
1 year ago

Tak Jadi Saman, Kes Saman Siti Nordiana Dan Lima Sekawan Berakhir - "Kami Saling Bermaaf-Maafan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...