“Puasa Bagi Saya, Tak Masuk Akal” – Justin Bieber & Hailey Dikecam Perlekeh Ibadah Puasa, Peminat Suruh Tambah Ilmu

Hiburan

“Puasa Bagi Saya, Tak Masuk Akal” – Justin Bieber & Hailey Dikecam Perlekeh Ibadah Puasa, Peminat Suruh Tambah Ilmu

Tular satu rakaman video mempamerkan pasangan selebriti Hollywood, Justin Bieber dan isterinya, Hailey yang menguncang kecaman warganet.

Video itu menunjukkan pasangan tersebut sedang membuat panggilan video dengan seorang lelaki dan mereka kemudian memberi pendapat tentang puasa.

Advertisement

Bagaimanapun, pasangan itu dikritik kerana dikatakan memberi pendapat yang kurang bijak dan mungkin dianggap tidak sensitif terhadap agama lain.

Kata Justin dia tidak pernah berpuasa kerana perlu berfikir dengan betul sebelum membuat keputusan berpuasa dan juga berkata badannya memerlukan nutrisi untuk membolehkannya berfikiran dengan betul.

Hailey pula kemudian melontarkan pandangannya pula dan berkata amalan berpuasa di bulan Ramadan yang sedang dijalani umat Islam seluruh dunia ketika ini tidak masuk akal.

Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya tapi kalau puasa makanan, tidak masuk akal.”

Gara-gara memberi pandangan yang menunjukkan mereka kurang pengetahun tentang Ramadan ini, peminat menggesa pasangan tersebut belajar tentang ibadah ini.

Dalam pada itu, sesetengah individu menyindir pasangan ini sangat secocok dan dijodohkan bersama kerana sama-sama kurang bijak.

Bukan hanya peminat tetapi beberapa selebriti antarabangsa turut menyelar pasangan tersebut dan meminta mereka untuk tambah ilmu pengetahuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nabil ahmad
1 year ago

"Jangan Nak Perlekeh.." - Nabil Ahmad Anggap Tanda 'Allah Yang Satu' Bukan Bahan Ejekan, Tak Patut Dipermainkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...