“Jangan Nak Perlekeh..” – Nabil Ahmad Anggap Tanda ‘Allah Yang Satu’ Bukan Bahan Ejekan, Tak Patut Dipermainkan

Hiburan

“Jangan Nak Perlekeh..” – Nabil Ahmad Anggap Tanda ‘Allah Yang Satu’ Bukan Bahan Ejekan, Tak Patut Dipermainkan

Pelawak dan pelakon, Nabil Ahmad meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah orang yang mempermainkan tanda isyarat tangan ‘Allah yang satu’.

Ujar Nabil, orang ramai di luar sana tidak perlu mencampuradukkan perbuatan buruk  seseorang individu dengan hal-hal agama.

Advertisement

Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

Jangan sebab atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda itu, terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki itu akan curang dan pukul isteri.

Katanya lagi, tanda itu juga sering dilakukan umat Islam ketika tahiyat awal dan akhir setiap kali menunaikan solat dan tidak patut diperlekehkan.

“Kalau tak tahu, jangan nak tuduh, jangan nak perlekeh..dapatkan nasihat orang yang tahu. Yang jadi masalah individu itu, bukan agama” ujarnya lagi.

Jebat Noor Nabila Sharnaaz Ahmad
1 year ago

"Ada Peluang Kedua" - Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Jadi Contoh 'Best Parents', Peminat Minta Kembali Bersatu Demi Jebat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...