Puas Hati Dapat Warnakan Rambut, Ammar Titan Berazam Nak ‘Pasang’ Badan Macam Norman Hakim Pula

Hiburan

Puas Hati Dapat Warnakan Rambut, Ammar Titan Berazam Nak ‘Pasang’ Badan Macam Norman Hakim Pula

Gara-gara bosan dengan imej lama, pelawak Ammar Titan khabarnya telah mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya.

Ujar Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 34, tindakannya mewarnakan rambut ternyata telah mengejutkan ahli keluarga serta peminat.

Advertisement

Bersyukur tiada yang tampil mengecam dirinya secara keterlaluan, Ammar berkata dia hanya ingin mencari kelainan kerana bosan dengan rambut berwarna hitam.

Ibu dengan ayah saya pun terkejut tengok saya warnakan rambut.  Alhamdulillah tak ada lagi orang kecam..biarlah selagi tak buat jahat tak perlu fikir apa kata orang.

Dia yang ditemui sebuah media ketika tayangan perdana filem Siapa Tutup Lampu? di TGV 1 Utama, Petaling Jaya juga menyedari akan kepentingan menjaga imej dan penampilan terutama buat dirinya yang bergelar selebriti.

Ammar juga memaklumkan bahawa dia kini aktif melakukan aktiviti kecergasan dan menjaga tubuh badan di gimnasium.

Menjadikan Norman Hakim dan Shah Rukh Khan sebagai idola dalam usaha untuk mendapatkan tubuh badan idaman, Ammar berkata dia hanya ingin berasa sihat dan cergas bukanlan semata-mata untuk kelihatan ‘sado’ di mata peminat.

Perkembangan terkini, Ammar bakal tampil dalam filem Siapa Tutup Lampu? arahan pengarah muda Aliff Ihsan yang akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 25 November ini.

Filem itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Naim Daniel, Uyaina Arshad, Afieq Shazwan dan ramai lagi.

7 years ago

Isu Watson Nyambek : Rancangan Sukan Tak Sentral Dibatalkan Dan Ammar Titan Dibuang Sebagai Pengacara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...