Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Watson Nyambek : Rancangan Sukan Tak Sentral Dibatalkan Dan Ammar Titan Dibuang Sebagai Pengacara

Susulan isu panas dimana nama bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek dipersenda oleh Ammar Titan menerusi rancangan Sukan Tak Sentral,  Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar didalam satu sidang media khas semalam memberitahu rancangan tersebut ditamatkan siarannya serta merta dan pengacara, Ammar Titan besama enam kru digantung tugas mereka. Ia juga bermakna Ammar tidak akan muncul di dalam mana-mana program terbitan Primeworks Studios.

Advertisement

Pihak mereka benar-benar kesal dengan apa yang terjadi dan sekali lagi memohon maaf kepada keluarga Watson Nyambek serta seluruh rakyat Malaysia khususnya di Sarawak yang merasa tidak puas hati dan tersinggung dengan tindakan Ammar mempersendakan nama bapa Watson Nyambek dengan membuat bunyi kambing sedang mengembek.

Sehubungan itu, Azizul Ammar juga tidak akan dipanggil untuk mana-mana rancangan di Primeworks Studios. Kami berasa kesal dengan perbuatan ini yang tidak sepatutnya berlaku dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Dalam sidang media itu juga, Ammar juga turut menyesali perbuatannya itu dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak pernah berniat untuk mempersendakan nama mendiang bapa pelari pecut negara itu.

Perkara ini cukup memberi impak yang besar kepada saya dan berjanji untuk lebih peka pada masa akan datang serta tidak akan mengulanginya lagi.

Advertisement

Pada masa yang sama, Penerbit rancangan itu, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar memberitahu, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya berkaitan isu penghinaan ini.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama