Sempena bulan Syawal, sudah pasti kunjung-mengunjungi ke rumah sahabat handai ataupun saudara-mara menjadi satu kewajipan buat masyarakat yang menyambutnya.
Menziarahi rumah ke rumah ni ataupun lebih dikenali sebagai openhouse merupakan satu perkara yang sangat ditunggu-tunggu orang ramai. Mana tidaknya, pelbagai makanan akan dapat dinikmati secara percuma dan dalam pada masa yang sama, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
Biarpun berasa teruja untuk mengunjungi rumah orang lain, adab sebagai seorang tetamu juga perlu dititikberatkan seperti mendapat jemputan daripada tuan rumah dahulu sebelum datang dan tidak ‘menerjah’ secara melulu.
Seperti situasi yang di lalui oleh seorang wanita ini, beliau memberitahu kenalan rapatnya tidak tahu menyabar untuk menjadikan rumahnya sebagai tempat rumah terbuka yang ingin ‘diserbu’.
Melalui perkongsiaannya itu jelas kelihatan dia tidak selesa, malah menganggap kenalannya itu tidak mempunyai common sense kerana langsung tidak mengambil kisah tentang perasaan tuan rumah.
Kita tak habis lagi tempuh jam, barang-barang rumah tak kemas lagi.
Difahamkan dari laporan mStar, sehingga kini hantaran berkenaan telah meraih hampir 300 shares di Facebook selain dari dipenuhi dengan komen-komen netizen.
Melihat dari komen-komen yang ditinggalkan, hampir kesemua warganet bersetuju dengan luahan wanita berkenaan kerana turut pernah lalui situasi yang lebih kurang sama.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan tuan rumah seharusnya terima dengan hati terbuka apabila tetamu kunjung ke rumah kerana ianya dianggap sebagai ‘pembuka rezeki’.