Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz baru-baru ini telah menceriakan hari pelajar sekolah dengan memberikan hampir 400 pek sarapan.
PU Riz memaklumkan yang dia bersyukur apabila hajatnya itu turut mendapat tajaan daripada pihak McDonald’s Malaysia menerusi program komuniti anjuran mereka.
Program ini sekadar untuk menceriakan hari anak-anak murid di SMK Bandar Baru Sri Petaling dan Tabika Kemas Kg Melayu Tambahan.
Menurut Riz, sebanyak 300 pek sarapan telah mereka berikan kepada pelajar sekolah tersebut dan lagi 50 lagi kepada komuniti sekitar Sri Petaling.
Tambah Riz lagi, tidak salah jika sesekali hendak bantu orang dan dia percaya yang semua itu adalah rezeki buat anak-anak murid sekolah serta orang ramai.
Dalam pada itu, Riz kini yang sedang bertugas sebagai guru sementara di SMK Bandar Baru Sri Petaling turut mendoakan semoga pelajar tingkatan lima yang sudah kembali ke sekolah lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.
Riz turut memberitahu yang ia menjadi guru sementara itu sememangnya satu pengalaman berharga buatnya walaupun tidak banyak masa yang dihabiskan bersama mereka.
Ujar Riz lagi, dia berterima kasih pada pihak sekolah yang memberi peluang kepadanya untuk menjadi guru sementara serta tidak lupa juga pada semua guru dan anak muridnya di sekolah itu.