“Tiada Istilah Permulaan Atau Penamat, Saya Tidak Menolak Kalau Ada Rezeki Berlakon” – PU Riz

Hiburan

“Tiada Istilah Permulaan Atau Penamat, Saya Tidak Menolak Kalau Ada Rezeki Berlakon” – PU Riz

Kerjaya lakonan pendakwah bebas, PU Riz masih belum berakhir, apatah lagi kemenangan beliau menggenggam trofi Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersama pelakon wanita Wanna Ali menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa.

Filem Dijual Dengan Harga RM1 Di Platform E-Dagang, Penerbit 'Ada Apa Dengan Dosa' Rasa Terhina
4 years ago

Filem Dijual Dengan Harga RM1 Di Platform E-Dagang, Penerbit 'Ada Apa Dengan Dosa' Rasa Terhina

Advertisement

Kemenangan pertamanya itu bukanlah penamat terhadap minat PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dalam menceburi bidang seni lebih dalam.

Tiada istilah permulaan atau penamat dalam dunia seni. Jika ada rezeki, saya tidak akan menolak untuk berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Ditanya oleh pihak Berita Harian tentang keterbukaannya untuk berlakon di sisi isteri tercinta Neelofa, beliau berpendapat tidak mempunyai sebarang masalah dan bersifat terbuka.

Dalam perkembangan lain, kini PU Riz sudah bergelar sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Sri Petaling bagi mengajar murid tingkatan satu dan dua.

PU Riz dan Neelofa

Sekadar info, PU Riz merupakan guru sementara semenjak tahun lalu dan mengajar subjek bahasa Inggeris.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...