PU Azman Didakwa Lagi Atas Pertuduhan Amang Seksual & Kelucahan Melampau Terhadap Tiga Remaja Lelaki

Trending

PU Azman Didakwa Lagi Atas Pertuduhan Amang Seksual & Kelucahan Melampau Terhadap Tiga Remaja Lelaki

Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman didakwa lagi atas tiga pertuduhan amang seksual dan satu kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di dua mahkamah berasingan.

Memetik laporan Kosmo, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 41, dituduh atas dua kes amang seksual dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah inap desa di Sungai Udang masing-masing pada pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun.

Advertisement

PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan hukuman sebat jika disabit kesalahan.

Namun, Cik Man mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen dan majistret itu.

Selain itu, Cik Man juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual menerusi aplikasi Whatsapp dan dituduh di bawah Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Difahamkan perbuatan  itu telah dilakukan oleh pendakwah selebriti itu pada pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru pada 16 Ogos lalu yang melibatkan dua remaja lelaki berusia 17 tahun.

Sementara itu, Cik Man turut didakwa atas tuduhan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain, berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun lalu.

Hukuman penjara sehingga dua tahun boleh dikenakan ke atas Cik Man sekiranya didapati bersalah.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan jaminan dengan jumlah RM24,000 bersama penjamin dengan syarat tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan perlu melapor diri di balai polis setiap awal bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Januari depan.

Sekadar info, PU Azman sebelum ini pernah didakwa dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

2 years ago

PU Azman Didakwa Lima Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...