Program All Together Now Malaysia Kini Kembali, Isu Langgar SOP Dah Selesai

Hiburan

Program All Together Now Malaysia Kini Kembali, Isu Langgar SOP Dah Selesai

Setelah hampir tiga bulan digantung penyiaran, program realiti nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) khabarnya bakal kembali menemui penonton pada hari Sabtu ini.

4 years ago

Dakwaan Langgar SOP, Program All Together Now Malaysia 'Digantung' Sementara

Advertisement

Jelas Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memaklumkan isu kontroversi yang melibatkan ATNMY di mana ia dilaporkan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa sesi rakaman telah pun selesai.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Maklum Raqim lagi, kesemua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah pun memberi kerjasama yang baik dan di kesempatan itu dia juga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan pihak-pihak tersebut.

Terdahulu, ATNMY hanya sempat bersiaran sebanyak satu episod iaitu pada 6 Jun yang lalu sebelum ditunda kerana tular berikutan dakwaan pengguna media sosial yang merasakan artis-artis yang terlibat tidak menjaga penjarakkan sosial serta tidak memakai pelitup muka.

Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menjalankan siasatan ke atas penerbit rancangan berkenaan berkenaan tuduhan tersebut.

Menampilkan Sherry Alhadad sebagai pengacara, ATNMY mengumpul 50 juri yang dibarisi para penggiat seni tidak kira cabang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara serta personaliti media sosial.

Antara artis yang tampil menjadi juri adalah seperti Erra Fazira, Dafi, Khai Bahar, Zizi Kirana, Aina Abdul dan ramai lagi.

Ia akan ditayangkan setiap minggu sebanyak 10 episod pada jam 9 malam setiap hari Ahad dan akan memulakan siarannya dalam sebuah  episod istimewa sempena ulang tahun Astro ke-25 pada Sabtu ini jam 10 malam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...