Dakwaan Langgar SOP, Program All Together Now Malaysia ‘Digantung’ Sementara

Berita

Dakwaan Langgar SOP, Program All Together Now Malaysia ‘Digantung’ Sementara

Baru satu episod ditayangkan, netizen mendakwa program All Together Now Malaysia melanggar prosedur operasi standard (SOP). Ini berikutan 50 juri yang dibarisi selebriti dilihat tidak memakai pelitup muka.

Kelly Azman
3 years ago

Dianggap 'Menyemak', Kelly Azman Dikecam Tidak Pandai Menilai Bakat Dalam Program All Together Now Malaysia (ATNMY)

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan siasatan lanjut dibuat susulan dakwaan yang timbul. Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program berkenaan.

KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit.

Terbaru, Harian Metro melaporkan pihak penerbitan rancangan tersebut telah memutuskan untuk menghentikan sementara program sehingga siasatan selesai.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program dibuat sekitar Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.

Set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka.

Katanya, rakaman program berkenaan turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan untuk memantau keadaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...