Tampil dengan karya hasil arahan sendiri, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad berjaya menghasilkan sebuah filem pendek berjudul Misi Ainaa pada 22 Februari lalu. Filem pendek ini dah berjaya meraih perhatian netizen apabila mula disiarkan di laman YouTube baru-baru ini.
Barisan pelakon raih perhatian
Filem pendek ini mula menarik perhatian orang ramai apabila mereka mendedahkan barisan aktor yang bakal muncul dalam cerita ini. Pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan merupakan alasan kenapa karya ini terima sambutan meriah sebaik sahaja ditayangkan di YouTube.
Misi Ainaa ini mengisahkan tentang kejadian penculikan seorang usahawan muda yang dilakonkan oleh pengasas produk Ainaa Beauty dan isteri kepada Hafiz, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya. Oleh itu, sepasukan anggota penyelamat diberikan misi untuk menyelamatkan Aina dan misi tersebut diberikan nama Misi Ainaa.
Meskipun filem pendek ini dihasilkan sebagai simbolik perjalanan jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty, pelakon-pelakon dalam cerita ini tetap berhasil membuatkan cerita ini nampak menarik. Walaupun skrip boleh diperbaiki, tapi secara keseluruhan, not bad!
Plot cerita menarik
Biarpun filem pendek ini hanya berdurasi kurang dari setengah jam, tetapi jalan cerita dia masih menarik dan boleh dikatakan pendek dan padat. Apa yang boleh dilihat, plotnya tak terlalu complicated hingga lari dari jalan cerita dan mesej juga mudah difahami.
Pada masa yang sama, action dalam cerita ini juga antara yang dinanti-nantikan oleh penonton. Hafiz yang memain peranan sebagai Komander Muda itu pun berhasil melakonkan babak-babak pergaduhan dengan baik meskipun tak ada latar belakang sebagai seorang pelakon. Sama juga dengan Aina yang tak nampak kaku pun sepanjang filem pendek ini.
Tapi apa yang lagi membuatkan cerita ini luar biasa adalah aktor-aktor terkemuka Malaysia yang banyak menyumbang kepada keseluruhan plot. Tanpa mereka, mungkin filem pendek ini akan kelihatan ‘biasa’ dan kurang menarik di mata penonton.
Bukan itu je, karakter yang dimainkan oleh mereka semua pun best. Masing-masing ada peranan sendiri dalam filem ni contohnya, Beto sebagai ketua pasukan penyelamat, Azhan sebagai Ustaz, Hasnol Rahmat sebagai Dato Seri dan Hushairi Husain sebagai penculik. Yang menariknya, mereka semua ni melakonkan watak-watak yang wujud dan selalu kita nampak di dunia sebenar.
Kekurangan Misi Ainaa
Namun begitu, setiap karya mesti ada pros dan cons dari segi produksi atau keseluruhan plot. Untuk Misi Ainaa kali ini, kekurangannya dapat dilihat dari penggunaan Computer Generated Imagery (CGI) yang kurang natural dan agak berlebihan.
Meskipun diketahui filem pendek ini dihasilkan tanpa menggunakan khidmat agensi atau produksi luar, namun CGI yang digunakan membuatkan cerita ni nampak kurang realistik. Tetapi, disebabkan ini adalah karya pertama bagi usahawan ini, pendek kata boleh dimaafkan.
Tapi apa-apa pun, filem ini layak terima pujian daripada orang ramai memandangkan kualiti karya yang boleh tahan padu untuk produksi kecil macam cerita ini. Ditambah pula filem pendek ini memang diluar bidang Hafiz dan Aina yang tak pernah terlibat dalam industri perfileman sebelum ini. Kalau korang nak tahu berlaloi ke tidak Misi Ainaa ni, boleh saksikan sendiri di YouTube sekarang!