Pertembungan Budaya Dan Topik ‘Penunggang Agama’ Buat Filem La Luna Meledak Di Netflix

Hiburan

Pertembungan Budaya Dan Topik ‘Penunggang Agama’ Buat Filem La Luna Meledak Di Netflix

Filem La Luna arahan M Raihan Halim meskipun sudah lama ditayangkan di pawagam Malaysia sekitar November 2023 lalu mula diperkatakan kembali apabila naskah itu mula memasuki siaran rancangan berbayar, Netflix Malaysia.

LA LunaSumber : Google  

Filem La Luna bikin kontroversi?

Filem komedi yang menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam dan Sharifah Amani itu mengisahkan mengenai seorang wanita, Hanie (lakonan Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam yang diberi La Luna di kampung yang ‘sendu’ iaitu Kampung Bras Basah.

Advertisement
La LunaSumber : Google  

Pembukaan kedai pakaian dalam itu telah menemukan Hanie dengan Salihin (lakonan Shaheizy Sam) yang bergelar duda anak satu serta orang kampung yang mempunyai pelbagai gelagat terutamanya ketua kampung, Tok Hassan (Lakonan Wan Hanafi Su) yang bersifat kuku besi.

Kedai La Luna seolah-olah membawa nafas baru buat para isteri di kampung itu,selain turut menjadi tempat perlindungan semua isteri yang dianiaya dan mangsa kepada keganasan rumah tangga.

Imej ‘Penunggang Agama’ diberi tumpuan

La lunaSumber : Google  

Watak Tok Hassan yang bersifat provokatif dan tidak melambangkan ajaran agama Islam yang suci di sebalik imej islamik yang ditonjolkan itu turut menjadi tumpuan dan ‘highlights’ dalam filem tersebut.

Membawa watak menyokong rasuah dan keganasan rumah tangga, Tok Hassan menjadi topik utama warga maya semenjak filem La Luna ditayangkan di Netflix.

Pertembungan amalan konservatif dan ‘nafas baru’

Pertembungan antara kehidupan konservatif  yang diamalkan dalam kampung itu sejak sekian lama dan kehadiran Hanie dari bandar yang tiba-tiba sahaja ingin membuka ‘kedai pakaian dalam’ pastinya membawa kepada kritikan dan komedi bersahaja dalam filem tersebut.

Namun, konsensus melibatkan filem tersebut yang dikatakan membawa agenda liberal dan merendahkan martabat agama Islam turut dibangkitkan pendakwah selebriti seperti Ustazah Asma’ Harun dan para pengkritik filem yang lain.

Dilabel ‘liberal’ dan memperlekeh agama Islam

Menurut Ustazah Asma’, filem La Luna seolah-olah memperlekehkan agama Islam dan boleh mengundang persepsi buruk masyarakat.

Dikatakan juga tindakan Hanie membuka kedai pakaian dalam wanita seperti kurang sesuai dengan adab budaya orang Melayu selain meminta pihak berwajib untuk memainkan peranan dengan meneliti sensitiviti sesuatu karya sebelum ditayangkan kepada umum.

Sejauh mana filem ini membawa ‘mudarat’ daripada kebaikan? Tonton sendiri La Luna di saluran rancangan berbayar, Netflix!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 months ago

Society Of The Snow: Kisah 'Survivor' Pesawat Terhempas Terpaksa Makan Daging Manusia, Hampir 3 Bulan Bertahan Di Pergunungan Salji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...