Prihatin Kegusaran Orang Ramai, Sunway Square Mall Tidak Lagi Benarkan Haiwan Dalam Premis

Kehidupan

Prihatin Kegusaran Orang Ramai, Sunway Square Mall Tidak Lagi Benarkan Haiwan Dalam Premis

Selepas beberapa hari perdebatan dalam talian dalam kalangan warganet serta kenyataan yang dibuat oleh seorang Exco kerajaan negeri, pihak pusat beli-belah berkenaan mengeluarkan satu kenyataan bagi mengumumkan perubahan terhadap polisi mesra haiwan peliharaan mereka.

Menurut kenyataan itu, susulan arahan negeri yang ditegaskan semula oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim, Sunway Square Mall telah mengemas kini polisi haiwan peliharaannya dengan serta-merta.

Advertisement

Selaras dengan arahan tersebut, haiwan peliharaan kini hanya dibenarkan berada di kawasan taman luar yang dikhaskan sebagai zon mesra haiwan, iaitu Squarrel’s Playground yang terletak di Sunway South Quay Lake.

@beeboowy

what a henshem boi ? I was the first in the crowd tho hahaha #oyen #orangecat #sunwaysquaremall #petfriendly

? Jelly Fish Jam – Da Fokin

Haiwan peliharaan juga dibenarkan menemani pemiliknya ketika melalui laluan antara tempat letak kereta pusat beli-belah (B3 dan B4) ke zon luar yang ditetapkan, dengan bimbingan pasukan keselamatan pusat beli-belah.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas kefahaman yang diberikan ketika kami mematuhi arahan negeri ini, sambil terus berusaha memberikan perkhidmatan yang prihatin dan menghormati semua pengunjung,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki jepun
2025-12-18 10:59:19

Penangan Nasi Kandar Sadam, Lelaki Jepun Rasa Macam Di 'Syurga' - "Kegembiraan Di Dalam Satu Pinggan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram