Pramugari Ini Kongsi Do’s and Don’ts Apabila Naiki Pesawat, Angkat Beg Penumpang Bukan Skop Kerja FA

Trending

Pramugari Ini Kongsi Do’s and Don’ts Apabila Naiki Pesawat, Angkat Beg Penumpang Bukan Skop Kerja FA

Beberapa hari lepas, media sosial menjadi medan Netizen melampiaskan kecaman terhadap pelakon Fathia Latiff kerana memviralkan wajah seorang pramugari senior yang menolak untuk mengangkatkan beg Fathia ke kompartmen atas kepala kerana sakit belakang. Menurut sumber, kejadian itu berlaku dalam satu penerbangan domestik waktu malam.

pramugarianAda yang beranggapan Fathia cuba melakukan sedemikian supaya orang ramai mengecam pramugari tersebut, tetapi bak kata pepatah, ‘peluru makan tuan’, tindakan Fathia menjerat diri dan menyebabkan dia pula menerima kecaman bertubi-tubi kerana tidak faham skop kerja pembantu penerbangan.

Advertisement

<

Ini agak mengejutkan kerana sebelum ini seorang penyanyi, Ainan Tasneem juga pernah memviralkan mengenai seorang pramugara yang juga menolak untuk mengangkat beg sepupunya. Ainan juga menerima nasib yang sama, terpaksa menghadap kecaman Netizen namun Ainan masih ada jiwa besar untuk meminta maaf.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang patut dan tidak patut dilakukan semasa berada dalam penerbangan, sehubungan itu, seorang pengguna Facebook, juga seorang pramugari, telah mengongsi tips untuk mengelakkan salah faham dan kedivaan melampau di masa hadapan. Ikuti tulisan Anna Jimenez:

Untuk memudahkan kerja kami staff airlines, dan untuk mengelakkan pergaduhan sesama manusia. Saya share sedikit knowledge semasa fly ya..

Labur Sedikit Untuk Weighing Scale

1. Invest sikit utk luggage weighing scale. Buy one luggage scale for yourself. Ini untuk memudahkan kita daripada dikenakan bayaran kalau beg berat. If you are traveling MAS, luggage allowance is 30kg. AirAsia 15/20/25/30/40 depends on your choice. So when you pack your stuff, use the luggage scale to ensure that your baggage is not exceeding the allocated weight.

2. Most airlines only accept maximum 2 cabin baggage (including your handbag). Make sure your cabin baggage (beg yang dibawa masuk ke kapal, bukan kargo) tidak melebihi 7kg. So bawa lah 1 handbag and 1 cabin bag yang 7kg tu. I tell you why you can’t bring more than the allowed weight. For example, there are 180 passengers. Each passenger is allowed to bring only 7kg cabin baggage. IF all passengers bring 10kg of baggage to the cabin (extra 3kg), means 3kg x 180 = 540kg. Pilots have their own calculation on baggage. It is important for them to know what is the overall weight because it is related to safety. They are not aware of how many kg you’re ‘silently’ carrying. As far as I understand, this extra kilograms that we are all “silently” carrying might have impact on safety (due to heaviness) especially during take off or landing, you know what I mean (pilots, please correct me if I’m wrong).

Matikan Telefon Bimbit

3. During boarding, sila tengok atas seat anda. Kalau seatbelt sign tidak menyala, most probably the aircraft is in refueling process (isi minyak). So please stop using your handphone. Kalau cuma seorang dua yang guna handphone masa refueling, maybe won’t affect anything. But what if everyone is using their handphone. Google “fire at the petrol station” and you will know what I mean.

4. During boarding jugak, kalau seatbelt sign tidak menyala, jangan pakai seatbelt dulu. Reason: kalau ada apa-apa emergency, senang nak evacuate. We never know kalau emergency dan kita panic, nak buka seatbelt pun susah nanti sebab terlalu panic.

Angkut Barang Sendiri

5. During boarding lagi,  kalau boleh sila lah angkat beg anda sendiri ke overhead compartment. Bukannya kami tak mahu tolong, tapi “mengangkat beg” tidak wujud dalam procedure kerja kami. Kami buat untuk courtesy sahaja. Kami tolong orang yang betul-betul memerlukan seperti OKU atau elderly. Just imagine if 100 passengers asked one cabin crew to carry their bags, sakit pinggang tahu! That’s why we are there only to assist (Note: assist means, kami tolong sediakan space untuk masukkan beg anda, or tolong angkat beg sama2, or tolong pegang coffee cup anda time anda settle kan beg anda. Eh!)

Sistem Petempatan Penumpang

6. Lagi-lagi masa boarding, kalau anda terpisah dengan pasangan atau keluarga anda, jangan terus datang kat crew pastu marah-marah “wei ini gf/bf i forever and ever tau, kami berpisah tiada!”. Sabar dulu. Reason seat anda dipisahkan, sebab mostly system yang buat. System tak tahu yang korang ni dah couple 7 tahun. Sebab tu dia main letak je nama anda di mana2 kerusi kosong.

Or benda tu terjadi jika flight dah full, seat yang ada cuma 1B dan 31F je. So terpaksa la system letak kat situ. Takkan la nak bagi korang duduk kat cargo plak kan? Hehe

Jarakkan Masa Penerbangan Berhubung 

7. Ni paling penting untuk mereka yang ada connecting flight. It means anda travel ke KL, lepas tu pada hari yang sama, kena travel dari KL ke Penang pulak. Make sure, gap antara first flight dan second flight adalah minimum 3 jam ya. So at least kalau ada delay, your second flight won’t get affected. Rugi nanti if you terlepas your second flight coz you have to buy another ticket. Note: this is in AirAsia Terms & Conditions ya. You must have a gap of minimum 3 hours for your connecting flight. If the gap is less than 3 hours, Airasia won’t be held responsible for your missed flight.

Dengar Pengumuman

8. Ni paling penting dan perlu kita ikut. Selalu dalam flight, sebelum berlepas dan sebelum mendarat, akan ada announcement seperti ini: tegakkan tempat duduk, simpan tray table ke tempat asal, buka penutup tingkap.

REASON:

– Bila tak tegakkan tempat duduk, anda mungkin akan menghalang penumpang yang duduk di belakang anda daripada keluar sekiranya berlaku kecemasan. Bayangkan kalau orang yang di belakang itu ada ahli keluarga anda.
– Tutup tray table sebab ini juga akan menghalang penumpang di sebelah anda daripada keluar jika berlaku kecemasan.
– Buka penutup tingkap semasa take off dan landing, sebab anda boleh bantu bagitau crew kapal jika ada abnormal situation kat luar (contoh: fuel leak, kebakaran etc) supaya crew boleh bertindak.

Beritahu Krew Jika Tukar Tempat Duduk Berkumpulan

9. Kalau anda travel in a group, kalau boleh jangan pandai-pandai tukar seat. Kalau sorang dua takpe. Kalau tetiba group anda yang ada 8 orang tu nak pindah dari Row 31 ke Row 4, bagitau crew dulu. REASON: Semasa boarding, pilot ada buat calculation berapa orang yang duduk di zon sekian sekian. Kalau bahagian belakang terlalu ramai orang dan bahagian depan terlalu kosong, pilot akan suruh beberapa penumpang untuk pindah ke depan untuk balance kan kapal. Balancing is important masa take off dan landing. Bila terlalu berat di bahagian belakang, mungkin akan susah nak take-off. And vice versa. Ini yang saya faham la.

Tali Pinggang Kerusi Kanak-kanak Jangan Terlalu Ketat

10. Sesiapa yang ada anak kecil, toddlers and child especially, kalau pakai seatbelt, biar pakai kan ketat-ketat. Ngam-ngam je jangan longgar-longgar sangat. Ini penting sebab kalau berlaku severe turbulence (gegaran) atau decompression, kalau tali pinggang tak ketat, kemungkinan untuk anak2 anda terangkat dan terhantuk di overhead compartment adalah sangat tinggi ye tuan-tuan dan puan-puan. Nanti berlaku kecederaan.

Air Panas

11. Semasa turbulence (bila lampu tali keledar menyala), jangan call cabin crew and mintak air panas. Tunggu sampai seatbelt sign is off dulu ya. Nanti air panas tumpah pula..

Kunci Pintu Jika Guna Tandas

12. Ini pun penting. Kalau masuk toilet, sila kunci toilet anda. Takut nanti penumpang lain datang dan terus buka pintu toilet anda.. Nanti nampak tu kamu punya lulu…(orang Sabah bilang)

Pengurusan Bayi

13. Untuk penumpang yang ada baby, biasanya baby akan rasa earblock semasa kapal take off dan kapal descending & landing (around 30 minit sebelum mendarat). Ini semua disebabkan oleh tekanan. Sebab tu kebanyakan bayi menangis semasa kapal take off dan landing. Tips: sebelum kapal berlepas atau mendarat, bagi baby anda minum susu/air menggunakan puting.

Jangan Sebut Perkataan Bom

14. Ini penting. Joking around is good. But never say the word “bomb”, explode, bang, atau yang sewaktu dengannya. Ini adalah perkataan taboo dan anda boleh disiasat dan tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kapal. You might be handcuffed too.

Bawa Pen Sendiri

15. Sangat penting!! Sila bawa at least satu pen untuk isi form. Untuk low cost airline, mereka tidak diberi endless supply of pen, so please keep one for youself coz sometimes if you ask from the crew, they might only bring one or two for their own usage.

Have a pleasant flight!

Sumber: Anna Jimenez

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...