March 14th, 2016

Nama Ainan Tasneem beberapa hari ini mula menjadi hangat apabila beliau telah memuat naik status di Instagram mengkritik serta mempertikaikan seorang pramugara Air Asia kerana enggan membantu sepupunya untuk meletakkan bagasi diruangan simpanan yang berada di atas tempat duduk penumpang.

Walaubagaimanapun, ia menjadi viral apabila ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ainan dan menyatakan ia bukan tugas utama seorang pramugara. Malah, jika bagasi itu terlalu berat kenapa tidak “check in” sahaja?

Dihentam teruk oleh netizen, Ainan Tasneem akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tidak pernah tahu skop sebenar pekerjaan seorang pramugara.

Memang silap saya pertikaikan skop pekerjaan kru penerbangan dan saya hanyalah manusia biasa. Saya minta maaf kerana tidak terdedah dengan bidang tugas mereka.

Saya faham ramai krew penerbangan tidak berpuas hati terhadap saya, saya minta maaf tetapi percayalah saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pramugari atau pramugara sebelum ini.

Ainan menjelaskan status beliau itu bertujuan untuk menegur sikap pramugara berkenaan yang tidak boleh berbicara dengan lebih sopan.

Apa yang saya cuba ingin sampaikan adalah cara pramugara tersebut respons kepada pelanggan. Jika benar itu bukan tugasnya kenapa tidak boleh bercakap baik-baik dan berikan senyuman, sejuk hati pelanggan dan kami boleh terima.

Tetapi bila memberi respon sambil buat muka dan bercakap dengan kasar itu yang saya rasa tidak berapa bagus.

Ainan duduk di tempat duduk berasingan dengan sepupunya, namun apabila melihat tindakan pramugara berkenaan beliau cuba untuk menghulurkan bantuan.

Kalau saya ada di situ memang saya sudah tolong masukkan beg dalam tempat simpanan dan tidak perlu meminta bantuan atau menyusahkan pramugara berkenaan.

Kebetulan pramugara berkenaan berdekatan dengan sepupu saya dan meminta tolongnya. Apabila mendengar responsnya saya hendak bangun dan membantunya tetapi makcik saya bersuara terlebih dahulu dan baharulah pramugara berkenaan menolongnya.

Terma customer is always right bukan boleh dipakai sesuka hati, kadang-kala kena lihat juga pada situasinya. Bak kata netizen, lebih senang untuk “check in” bagasi anda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah. Sekarang ini kalau tidak puas hati sahaja mesti viralkan di media sosial.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...