Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial popular, TikTok apabila seorang sukarelawan wanita berkongsikan satu cerita dengan perasaan marah serta sedih dengan tindakan orang atasan ‘mengawal’ barang bantuan banjir di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Difahamkan melalui dakwaan wanita itu, barang-barang bantuan di tempat PPS dirinya menjadi sukarelawan itu dipenuhi dengan pelbagai barang dari segi pakaian, tuala wanita, ubat-ubatan dan banyak lagi, namun semuanya disekat.
Menurut beliau, orang ramai yang menetap disana turut berasa ‘takut’ untuk meminta barang-barang yang ada kerana bimbang dimarahi dengan petugas disitu.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu sukarelawan disana tidak pernah menghalang mangsa banjir yang menetap disana untuk mengambil barang-barang yang ada di dalam dewan itu biarpun mereka meminta banyak kali.
Alangkah terkejutnya mereka apabila sudah empat hari menjadi sukarelawan di PPS Putra Height itu, secara tiba-tiba di maki pihak atasan ketika membuat lawatan disana.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa berang apabila mendengar perkongsian itu dan menganggap hal tersebut sepatutnya tidak terjadi kerana bantuan seharusnya dikongsi bukan disekat.
Hmm.. macam mana boleh jadi macam ni?