Sejak beberapa hari lepas, beberapa selebriti tanah air teruk dihentam masyarakat disebabkan gerakan #Blockout2024.
Ada yang dikecam kerana tidak menggunakan platform media sosial mereka untuk bersuara tentang apa yang berlaku di Palestin dan ada juga yang dihentam kerana langsung tidak tahu tentang apa yang berlaku di Rafah ketika ini.
Fazura dipuji, artis paling konsisten
Pelakon dan usahawan, Fazura menerima pujian ramai netizen kerana dilihat sentiasa konsisten berkongsi tentang Palestin sejak awal lagi.
Menerusi hantaran di Twitter, seorang individu mempersoal bagaimana Ning Baizura boleh tidak tahu langsung tentang apa yang berlaku di Rafah sedangkan penyanyi itu mengikuti Fazura di Instagram.
Dia follow Fazura kot, takkan la tak keluar langsung kat feed (Instagram).
Netizen memuji keberanian Fazura kerana meskipun mempunyai hubungan baik dengan pelbagai jenama mewah antarabangsa namun dia tidak mempedulikan hal tersebut dan tetap bersuara tentang Palestin.
Malah ada yang berkata Fazura tidak memuat naik atau mempromosikan tentang jenama antarabangsa yang menyokong Israel sejak 7 Oktober lagi.
Fazura tu asal aku scroll IG mesti tengah post pasal Palestine. Artis yang paling konsisten post. Post dia pasal Palestine lagi banyak dari post kerja/personal.
Fazura has stronger connections with high end brands but since oct 7th she didnt even once post about these brands. Thats what i noticed https://t.co/vCWNpmI8yV
— Ilya 🐻 (@_lemonsquizzy) May 14, 2024
Elok je dia, rezeki melimpah
Dalam pada itu, netizen berkata Fazura adalah bukti bahawa tiada apa yang buruk bakal berlaku malah rezeki makin melimpah ruah jika bersuara tentang Palestin.
Malah, ada yang menyindir selebriti lain yang senyap dan tidak menyebarkan kesedaran tentang Palestin gara-agra mahu menjaga ‘periuk nasi’ masing-masing.
Selain Fazura, Kavita Sidhu, Ramona Zam Zam, Uyaina Arshad, Lisa Surihani dan Yuna juga antara selebriti yang dilihat konsisten berkongsi tentang Palestin.