Sedia maklum, sebulan yang lepas pasangan selebriti media sosial, Ryzal dan isterinya, Maryam yang terkenal dengan saluran di YouTube bernama DurianKimchi telah menimang cahaya mata pertama mereka, Rina.
Sejak dari itu, kehidupan pasangan tersebut sering kali menjadi perhatian netizen terutamanya individu-individu dikenali sebagai ‘makcik bawang’ di media sosial yang mengkritik cara Maryam berpantang.
View this post on Instagram
Terbaharu, pasangan ini ada memuat naik sebuah foto yang difahamkan mereka baru sahaja selesai bermarathon.
Namun, hal yang mengejutkan berlaku apabila gambar tersebut dipenuhi dengan komen negatif dari ‘makcik bawang’ yang menuduh Maryam saja ingin menunjuk dirinya tidak berpantang dengan cara yang betul.

Kerana berasa kesian dengan pasangan itu, ada juga beberapa netizen yang meminta agar ‘makcik bawang’ ini berhenti dari meminta Maryam mengikuti budaya Melayu yang sama sekali jauh dari budaya Korea.
Terdahulu, Ryzal sebagai suami telah tampil kehadapan dengan memuat naik sebuah hantaran di media sosial menjelaskan bahawa isterinya berbangsa Korea, jadinya tidak semua berpantang cara Melayu perlu diikuti.
Anonymous
December 2, 2021 at 10:27 am
sama je dua2. dgn netizen dgn berdua ni pun sama perangai. saja cari bahan nak post utk buat cemuhan. takdelah org lupa mereka yg nak ke arah sendu tu nanti.
Anonymous
December 2, 2021 at 7:53 am
yg korang ni pn 1 menyibok sgt hal die nape? lantak ke dia la lepas berank nk blari ke melompat ke ape ke.. efek kt korang ke??? yg sakit ati sgt tu dh nape!!! kalu sakit ade ke die ketok pintu umah korang bwk p sepital?????