“Isteri Saya Masuk Islam Bukan Kaum..” Maryam You Narae Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu

Hiburan

“Isteri Saya Masuk Islam Bukan Kaum..” Maryam You Narae Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu

Personaliti media sosial dan juga YouTuber, Ryzal Ibrahim tampil memohon agar orang ramai supaya menjaga tutur kata dan tidak memaksa isteri tersayang, Maryam You Narae agar berpantang selepas bersalin seperti adat kaum Melayu.

Maryam Rina
2 years ago

Comel Sungguh! Maryam Dan Ryzal Dedah Wajah Anak, Bibir Ikut Mommy

Advertisement

Ryzal menerusi sebuah hantaran di Instagram berkata demikian dan menegaskan bahawa isterinya itu yang juga warga Korea hanya menukar agama kepada Islam dan bukannya menukar kaum.

Maryam yang sebelum ini telah selamat melahirkan anak sulung mereka, Rina masih lagi dalam proses berpantang mengikut kaedah tradisional dan turut dipantau oleh sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berpantang.

Assalamualaikum, Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu seorang wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India. Budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti (amalkan).

Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama dan bukannya tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.

Jelasnya lagi, isterinya itu masih lagi berpantang mengikut amalan tradisional seperti bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dan itu sudahpun memadai.

Sehubungan dengan itu, Ryzal menzahirkan perasaan hairan apabila amalan berpantang yang diamalkan kaum Melayu seolah-olah diwajibkan juga ke atas kaum lain walaupun berbeza budaya.

 

Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum (jadi Melayu). Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baharu (mualaf).

Pemilik saluran YouTube DurianKimchi itu kemudiannya meminta agar netizen tidak memaksa Maryam mengikuti apa yang bukan menjadi amalannya asalkan tidak melanggar hukum Islam.

Sekadar info, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 setelah setahun mengenali hati budi masing-masing ketika berada di Korea Selatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...