“Politik Antara Guru & Petugas KEMAS Boleh Jejaskan Kualiti Pendidikan Negara” – Tan Sri Lee Lam Thye

Berita

“Politik Antara Guru & Petugas KEMAS Boleh Jejaskan Kualiti Pendidikan Negara” – Tan Sri Lee Lam Thye

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk guru-guru serta petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) kembali berpolitik akan berkuatkuasa semula.

Pengumuman ini telah mengundang rasa tidak senang untuk beberapa pihak dan salah seorangnya adalah aktivits sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dimana dia berkata ianya terlalu drastik serta tidak sesuai kerana dikatakan tugas guru masa kini pun sudah membebankan.

Advertisement

Menurut beliau, keputusan itu perlu dikaji semula kerana menganggap ia akan memberi kesan terutamanya kepada generasi akan datang.

guru dibenarkan berpolitikSumber : google  

Ini boleh mewujudkan situasi tegang dan menjejaskan kualiti pendidikan sekiranya mereka gagal membahagikan antara tugasan hakiki dan politik.

Dalam pada itu, beliau merasakan pembabitan seorang guru dalam berpolitik boleh mencetuskan konflik sesama rakan sekerja dan pentadbir sekiranya mempunyai pandangan yang berbeza.

Sebagai Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, dia berharap agar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meletakkan garis panduan yang konsisten bagi memastikan tiada isu bertentangan melibatkan sekolah berlaku jika ianya dilaksanakan.

Dilihat dari reaksi para netizen mengenai berita ini, rata-rata menyuarakan rasa tidak senang di laman media sosial mereka selepas Ismail Sabri mengumumkan hal ini, semalam.

3 years ago

Para Guru Dan Petugas KEMAS Kini Dibenarkan Berpolitik - Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...