Para Guru Dan Petugas KEMAS Kini Dibenarkan Berpolitik – Ismail Sabri

Berita

Para Guru Dan Petugas KEMAS Kini Dibenarkan Berpolitik – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa para guru dan petugas Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dibenarkan untuk kembali berpolitik, seperti laporan  Sinar Harian.

Ujar Ismail Sabri lagi, arahan itu berkuatkuasa dengan serta-merta di mana sebelum ini wujud pekeliling yang menyekat guru dari berpolitik dan ramai pendidik telah diberikan amaran dan diambil tindakan.

Advertisement
Guru kini dibenarkan berpolitikSumber : Radio IKIM  

Keputusan diambil bagi menghormati semangat demokrasi dalam perlembagaan Malaysia.

Saya telah pun bawa isu ini ke kabinet dan kabinet memutuskan kita beri kebenaran kepada guru berpolitik bagi menghormati semangat demokrasi.

Jika pekeliling masih belum dikeluarkan, saya berharap Kementerian Pendidikan bertindak segera mengeluarkannya supaya tiada lagi tekanan dilakukan terhadap guru-guru ini.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada petugas KEMAS yang sebelum ini turut disekat kebebasan yang sama.

Namun, ujar Ismail Sabri, jika mereka (guru dan petugas KEMAS) ini berpolitik sehingga mengabaikan tugas hakiki, jabatan masing-masing berhak mengambil tindakan sewajarnya.

Advertisement

Terdahulu, para pendidik dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa namun semasa pentadbiran kerajaan yang diperintah Pakatan Harapan, mereka tidak lagi dibenarkan berbuat demikian.

Lee Zii Jia FB
4 bulan lalu

Gambar Profil FB Bertukar Hitam, Lee Zii Jia Berduka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Ma el nyanyuk

    January 23, 2022 at 8:49 am

    Tak sangka ada lagi yang pakai tudung banyak2 kaler ni dengan owning statik ni. So yesterdayyy.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...