Gambar Profil FB Bertukar Hitam, Lee Zii Jia Berduka

Berita

Gambar Profil FB Bertukar Hitam, Lee Zii Jia Berduka

Kini sudah bertukar warna hitam, gambar profil media sosial Facebook pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia mencuri tumpuan pengguna media sosial, barangkali membayangkan apa yang terkandung dalam lubuk hati pemain itu.

Lee Zii Jia sebelum ini dilaporkan telah dikenakan tindakan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) gara-gara meluahkan hasrat untuk keluar daripada persatuan itu.

Advertisement
Facebook Lee Zii JiaSumber : Facebook Lee Zii Jia  

Malah, usaha media untuk mendapatkan maklum balas dan juga maklumat lanjut  mengenai isu tersebut daripada pemain muda itu juga gagal apabila dia tidak menjawab sebarang panggilan.

Pastinya semua sedia tahu warna hitam dikaitkan dengan perasaan sedih, berkabung atau kematian.

Dan pastinya, ia berpunca daripada hukuman yang dikenakan oleh badan induk itu apabila dia telah dinafikan hak untuk menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa mulai 18 Januari selama dua tahun.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya malah pemain badminton dari arena yang sama seperti pemain badminton nombor 1 dunia, Viktor Axelsen dilihat memberi respon kepada tindakan yang diambil BAM.

Terdahulu, Timbalan Presiden BAM 2, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos memaklumkan bahawa pihak mereka ada menerima surat perletakan jawatan daripada pemain berusia 23 tahun itu pada 11 Januari lalu.

Setelah melalui beberapa sesi perbincangan mengenai keputusan Zii Jia, pemain ranking nombor tujuh dunia itu kekal dengan pendiriannya dan memberikan alasan bahawa dia tidak tahan akan tekanan yang dihadapi dalam skuad kebangsaan serta menafikan soal gaji menjadi punca dirinya tidak mahu lagi berada dalam BAM.

BAM larang Lee Zii Jia sertai pertandingan antarabangsa
2 years ago

Hukuman Buat Lee Zii Jia, BAM Larang Sertai Pertandingan Antarabangsa 2 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...