Polis Nasihat Penerima Vaksin Patuh SOP Di Penang

Trending

Polis Nasihat Penerima Vaksin Patuh SOP Di Penang

Apa sudah jadi dengan Penang? Ini apabila viral gambar menunjukkan pelanggaran SOP di Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movac). Pemberian vaksin ini melibatkan penjaja negeri itu dan ia dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi.

3 years ago

Tular Kesesakan Di PPV, Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Bangga

Advertisement

Walaupun negeri itu sudah memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pematuhan SOP tetap harus diutamakan. Sebaliknya berlaku apabila orang ramai tidak menjaga jarak fizikal dan berlaku kesesakan luar kawalan.

“Beberapa tindakan diambil supaya penjaja dapat beratur dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan patuh kepada SOP ditetapkan.”

“Kami dimaklumkan program ini akan berlangsung sehingga esok dan menasihati penjaja supaya merancang terlebih dahulu supaya dapat mengelak kesesakan.” – Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Diharapkan perkara seperti di Movac ini tidak berlaku lagi kerana ia boleh menyebabkan penyebaran wabak. Penerima vaksin yang datang ke PPV sepatutnya sudah mengetahui apa yang patut dilakukan dan patut arahan petugas di sana.

Dalam pada itu, pihak polis juga meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar kejadian seperti ini kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...