‘Polis Bagi Kebenaran..’ – Pengasuh Aafiyah Jawab Isu Rentas Negeri Untuk Bernikah

Hiburan

‘Polis Bagi Kebenaran..’ – Pengasuh Aafiyah Jawab Isu Rentas Negeri Untuk Bernikah

Setelah lebih seminggu mendirikan rumah tangga bersama suami, pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nur Hidayah Zubit menjawab dakwaan yang telah dilakukan oleh netizen kepada dirinya mengenai isu dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dijalankan.

Dayah pengasuh Aafiyah
4 years ago

Hadiah Hari Kahwin, Pengasuh Aafiyah Terima Baju Kahwin Daripada Siti Nurhaliza

Advertisement

Menurut pengasuh Aafiyah itu, perjalanannya pulang ke rumah keluarganya di Pulau Pinang untuk melangsungkan pernikahan bersama suami telah mendapat kebenaran sah dari pihak berkuasa.

Dayah ZubitSumber : Instagram Dayah Zubit  

Katanya ketika ditemubual oleh mStar secara dalam talian,

Saya pulang ke Pulau Pinang sebelum arahan lockdown. Ikut perancangan awal saya sepatutnya bernikah pada 4 Jun tapi terpaksa diawalkan pada 31 Mei disebabkan total lockdown. Kiranya panic nikah juga lah, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Polis beri kebenaran sebab memang kami dah lama planning dan memang dah ada tarikh nikah pun. Rasanya kalau orang tu tiba-tiba nak balik bernikah mungkin mereka tidak akan dibenarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MT11 ? (@dayahzubit)

Tambahnya lagi, memang tiada sebarang majlis dilangsungkan cuma hanya ada dirinya, suami, bapa sebagai wali dan juga juru nikah di Pejabat Agama Seberang Perai Utara.

Sebelum ini heboh apabila netizen mendakwa Nur Hidayah merentas negeri ke Pulau Pinang untuk melangsungkan pernikahnnya dan lebih menimbulkan rasa keresehan apabila dia didapati bergerak ke Pantai Timur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...