Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hadiah Hari Kahwin, Pengasuh Aafiyah Terima Baju Kahwin Daripada Siti Nurhaliza

Dayah pengasuh Aafiyah

Pengasuh kepada cahaya mata penyanyi terkenal negara Siti Nurhaliza iaitu Dayah Zubit,25, difahamkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali, kelmarin.

Namun, yang lebih menarik perhatian adalah persalinan busana yang digayakan Dayah ketika hari bahagianya itu merupakan hadiah daripada Siti Nurhaliza sendiri sebagai tanda penghargaan dan hadiah sempena majlis perkahwinannya itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MT11 ? (@dayahzubit)

Ujar Dayah, dia sangat terharu apabila menerima busana berkenaan yang direka khas pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.

View this post on Instagram

A post shared by MT11 ? (@dayahzubit)

“Terima kasih Mak Iti (Siti Nurhaliza) dan Datuk (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) di atas hadiah ini. Saya sangat menghargainya. Masih macam tak percaya sebab cantik sangat. Masa nak pakai tadi pun fikir banyak kali layak ke saya nak pakai..”

Pereka fesyen Rizman Ruzaini menerusi Instagram mereka turut memuat naik foto busana yang digayakan Dayah menerusi Instagram Story, semalam.

Advertisement
Dayah Datuk Siti NurhalizaSumber : Instagram Rizman Ruzaini  

Disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, keluarga Datuk Siti Nurhaliza bersama anaknya Siti Aafiyah tidak dapat bersama meraikan hari bahagia Dayah yang diadakan di utara tanah air.

Namun, menerusi Instagram Dayah mereka sempat berbual menerusi panggilan video sebelum pernikahan berlangsung.

Tahniah diucapkan buat Dayah dan suami di atas perkahwinan yang diraikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    June 9, 2021 at 11:46 pm

    xcantik pon bajunye. adoii. mcm pesen tokti. pesen tua2 tehehehe. sayang. she’s still young.

  2. Anonymous

    June 3, 2021 at 1:50 pm

    Not i interested NEXXTTTT

  3. Anonymous

    June 2, 2021 at 11:31 pm

    Ustaz kata bagi baju kawin dapat pahala

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top