Agak lama mendiamkan diri semenjak pengumuman mengenai perkahwinannya bersama Ira Kazar, Syamsul Yusof semalam ada memuat naik hantaran terbaru di Instagram Story dan juga Feed.
Dalam hantaran itu, Syamsul memuat naik pemandangan indah waktu senja di sebuah pantai yang tidak dapat dipastikan lokasinya beserta kapsyen ‘Salam Maghrib’.
View this post on Instagram
Dia juga dilihat ‘menayang’ foto makanan berupa sotong bakar dan menulis ‘podehh uii’ di Instagram Story.
BACA: “Jangan Kacau, I’m Happily Married” – IG Pertama Diserang ‘Haters’, Ira Kazar Buka Akaun Baru?
Hantaran tersebut kemudiannya dimuat naik kembali ke sebuah portal hiburan dan menerima pelbagai respon daripada netizen.
Ramai netizen mengesyaki pengarah itu masih berada di Thailand dan sedang berbulan madu bersama isteri kedua, Ira Kazar.
Malah ada juga yang menuduh Ira yang memuat naik hantaran tersebut di Instagram Syamsul Yusof.
“Jarang Sol update status ni. Bini muda kasi panas, gurau-2” tulis seorang netizen.
Meskipun begitu, di sebalik kritikan dan kecaman, ada netizen mendoakan agar rumah tangga yang dibina antara kedua pasangan ini bahagia sehingga ke syurga.