“Jangan Kacau, I’m Happily Married” – IG Pertama Diserang ‘Haters’, Ira Kazar Buka Akaun Baru?

Hiburan

“Jangan Kacau, I’m Happily Married” –  IG Pertama Diserang ‘Haters’, Ira Kazar Buka Akaun Baru?

Setelah pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof mengaku bahawa dirinya telah berkahwin dengan ‘orang ketiga’ dalam perkahwinannya iaitu Ira Kazar, topik terbabit hingga kini menjadi bualan ramai.

1 year ago

"Dia Tak Terfikir Nak Ganggu Tapi Dah Terlanjur Cinta" - Ira Pernah Suruh Syamsul Kembali Kepada Isteri

Advertisement

Ramai warganet meninggalkan pandangan serta kecaman mengenai pengumuman tersebut dan berasa kasihan terhadap isteri pertama iaitu Puteri Sarah yang kuat hadapi ujian ini.

Susulan itu, nama Ira Kazar menjadi trending di serata platform media sosial dan Instagramnya yang sebelum ini diletak nama @irakaza diserang netizen, hinggakan dinyahaktif.

Setelah dikatakan sudah menutup akaun pertama, muncul pula akaun lagi satu yang diberi nama @irakazaofficial dan difahamkan akaun berkenaan baru aktif tiga hari lalu.

Kapsyen yang ditulis dalam biodata akaun terbabit telah menarik perhatian ramai kerana dia seakan-akan memberitahu kepada netizen yang ‘membenci’ bahawa dirinya ketika ini bahagia hidup bersama suami baru, Syamsul Yusof.

Malah, gadis terbabit juga sempat memuat naik Instagram Story meminta haters untuk tidak menganggu rumah tangganya lagi dan segala kecaman yang dilemparkan akan kembali semula kepada mereka yang ‘membenci’.

Kesahihan bahawa akaun tersebut benar-benar milik Ira Kazar masih belum dapat diketahui, tetapi di following akaun berkenaan terdapat akaun bapanya iaitu Kazar serta suami, Syamsul Yusof.

ig baru Ira kazar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...