“PM Yang Paling Saya Respek” – Jacinda Arden Dipuji Tangguh ‘Wedding’ Disebabkan Varian Omicron

Berita

“PM Yang Paling Saya Respek” – Jacinda Arden Dipuji Tangguh ‘Wedding’ Disebabkan Varian Omicron

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern baru-baru ini menerima pujian ramai selepas beliau membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya gara-gara penularan varian Omicron di negara itu.

Menurut laporan, varian itu dikesan bermula daripada sebuah keluarga yang menghadiri majlis perkahwinan di Auckland sebelum pulang ke South Island dan disahkan positif. Difahamkan, seorang pramugari turut disahkan positif selepas menjalani saringan.

Advertisement

Disebabkan itu, Jacinda dilaporkan menangguhkan perkahwinannya bersama Clarke Gayford seperti yang telah dirancang. Kata beliau, kesedihannya terpaksa menangguhkan wedding itu tiada apa jika dibandingkan dengan kesedihan rakyatnya yang tidak boleh bersama orang tersayang yang sakit akibat Covid-19.

Saya tiada beza dengan beribu-ribu rakyat New Zealand yang lain yang merasai kesan yang lebih dahsyat disebabkan oleh wabak (Covid-19). Yang paling menyedihkan adalah ketidaupayaan (rakyat) untuk bersama orang yang disayangi apabila mereka sakit tenat (disebabkan Covid-19). (Situasi) itu jauh mengatasi kesedihan yang saya alami.”

Berita tentang Jacinda itu membuatkan ramai membandingkannya dengan Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson yang dilaporkan menghadiri parti ketika perintah lockdown di negara berkenaan.

Bukan itu saja, Jacinda dan barisan menteri New Zealand yang lain sebelum ini turut dipuji selepas bersetuju gaji mereka dipotong sebagai tanda solidariti dengan rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Untuk rekod, New Zealand merupakan antara negara yang paling teliti dalam menyekat penularan wabak Covid-19 sejak mula lagi. Jacinda tidak teragak-agak untuk meletakkan negara itu di bawah sekatan ketat meskipun nombor kes baru direkodkan hanya dalam skala yang kecil.

Khairy Jamaluddin
2 years ago

Malaysia Tidak Mampu Laksanakan 'Lockdown' Sekali Lagi - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Unilad

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...