Sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri yang kesembilan Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri telah menyempurnakan majlis pemasangan puncak menara Merdeka 118 yang juga merupakan menara tertinggi di Malaysia.
Berikutan perasmian mercu tanda menara tersebut, Perdana Menteri berkongsikan sebuah ciapan di Twitter meluahkan rasa gembira dengan meluahkan perasaan bangga serta teruja selepas merasmikan menara itu.
Teruja dan bangga dengan berdirinya ikon global, Merdeka 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa! ????
Menara 118 menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara dengan ketinggian 678.9 meter.#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat pic.twitter.com/f92XhvxNHV
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 30, 2021
Melihat di ruangan komen ciapan Ismail Sabri tersebut, rata-rata warganet mempunyai pandangan berbeza. Mereka meninggalkan kritikan mengatakan tidak perlu untuk berasa bangga dengan bangunan tinggi tersebut jikalau rakyat masih ada yang menderita dalam kemiskinan.
Rakyat hidup dalam kancah kemiskinan, terdesak dan terseksa? Bangga untuk apa?
Sekadar info, Merdeka 118 memegang rekod menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 678.9 selepas Burk Khalifah yang berketinggian 828 meter.