“‘Please’ Bagi Sha Ruang, Iddah Pun Belum Habis Lagi..” – Shila Amzah

Hiburan

“‘Please’ Bagi Sha Ruang, Iddah Pun Belum Habis Lagi..” – Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah kini menjadi bualan orang ramai apabila sering dikaitkan dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad selepas mengumumkan penceraiannya pada Februari lalu.

Lebih-lebih lagi selepas kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) apabila Sharnaaz dilihat memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi lagu Pelukan Angkasa itu.

Advertisement

Namun, baru-baru ini Shila memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya dan berharap agar orang ramai memberikan ruang kepadanya untuk pulih selepas berdepan dengan keruntuhan rumah tangga.

Sha okay je tau.. Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang.. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi..

Menurut Shila, dia hanya mahu fokus kepada dirinya buat masa ini dan menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya, Seth dan segala yang lain bukan lah priority baginya.

Kesediaan utk memulai apa pun dengan siapa pun.. memang jauh lagi dan tiada…

Sebagai seorang wanita, penyanyi itu mengakui bersyukur atas segala doa yang baik-baik daripada para peminat dan pengikutnya yang banyak memberi kata-kata semangat kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adik Shila Amzah tak suka kakak dikenenkan dengan Sharnaaz
2 years ago

"Kau Dah Panggil Family Aku Barua!" - Adik Shila Amzah Tak Suka Kakak 'Dikenen' Dengan Sharnaaz?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...