PKP Perlu Diteruskan, Tetapi Banyak Sektor Perniagaan Mungkin Kembali Beroperasi

Trending

PKP Perlu Diteruskan, Tetapi Banyak Sektor Perniagaan Mungkin Kembali Beroperasi

Malaysia telah pun melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke fasa ketiga.

Ia bakal berakhir pada 28 April ini, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media pada 10 April yang lalu.

Advertisement

4 years ago

(TERKINI) Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April Ini

perintah kawalan pergerakan

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Malaysia boleh meneruskan PKP melebihi tarikh 28 April, tetapi lebih banyak sektor perniagaan perlu dibuka semula.

Ini bagi mengimbangi keperluan kesihatan dan ekonomi negara semasa krisis COVID-19 melanda.

PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu telah menjejaskan ekonomi negara. Kerajaan Pakatan Nasional yang baru mengambil alih pucuk pimpinan Mac lalu, telah mengumumkan pakej rangsangan bernilai keseluruhan RM260 bilion bagi mengurangkan kesan wabak COVID-19 terhadap ekonomi negara dan kehidupan rakyat Malaysia.

4 years ago

(TERKINI) Ini Senarai Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Billion

dato' seri azmin ali

“PKP mungkin masih perlu diteruskan namun kita harus melihat apakah bidang perniagaan yang perlu dibenarkan beroperasi semula”

  • Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Malaysia pada Jumaat lalu melaporkan 69 kes COVID-19 terbaharu, menjadikan jumlahnya kepada 5,251 pesakit, 86 daripadanya dilaporkan meninggal dunia.

covid-19 terkini

Pada hari ini, 20 April 2020, Malaysia hanya merekodkan sebanyak 36 kes baru.

Ternyata jumlah kes semakin menurun dan buat pertama kalinya, Malaysia merekodkan SIFAR kematian sejak tularnya wabak COVID-19

jumlah kes discaj melebihi jumlah kes aktif atau yang sedang dirawat – KKM

Namun demikian, jumlah penurunan kes ini tidak bermakna jumlah atau bilangan kes baru tidak akan meningkat.

Dalam tempoh 2 minggu yang akan datang, aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan, terutmanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Ramalan Bank Pusat

Bank pusat meramalkan bahawa ekonomi boleh menyusut sebanyak 2% atau meningkat sebanyak 0.5%. Ia merupakan prestasi ekonomi terburuk sepanjang lebih dari satu dekad. Sebagai rekod, ekonomi negara mengalami pertumbuhan 4.3% tahun lalu.

Ekonomi negara banyak bergantung kepada rakan dagang utama Malaysia, terutamanya China dan Amerika Syarikat.

Kerajaan kini sedang berusaha mencari jalan untuk membiayai pakej rangsangan dengan mengalihkan bajet yang sepatutnya diperuntukkan untuk kementerian lain seperti pelancongan.

Namun kejatuhan harga minyak yang mendadak turut memberikan kesan impak yang besar.

Malaysia merupakan pengeksport gas asli cecair ketiga terbesar di dunia.

Tetapi kini Malaysia telah bersetuju dengan OPEC dan rakan sekutunya untuk mengurangkan pengeluaran sumber tenaga dalam usaha untuk menaikkan semula harga.

petronas

Azmin Ali mengatakan tidak mudah bagi syarikat Petronas sekarang untuk memberikan dividen khas kepada pemilik syarikat.

Gabungan Malaysia Airlines Berhad dan AirAsia Group Berhad?

Mengenai syarikat penerbangan utama negara yang juga turut menerima kesan buruk ketika ini, beliau mengatakan penggabungan syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dengan syarikat penerbangan bajet AirAsia Group Berhad merupakan antara pilihan bagi menyelamatkan industri ini akibat krisis COVID-19.

MAS dan AIr Asia

Walaupun kerajaan memiliki kemampuan untuk membiayai pakej rangsangan, ia akan diputuskan dalam suatu masa kelak.

Beliau turut menyatakan kebimbangan kerajaan pada defisit fiskal namun tetap mengambil kira kesusahan rakyat dalam menghadapi krisis ini.

pemeriksaan polis

Diharap penularan wabak COVID-19 akan cepat berakhir supaya kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan ekonomi negara akan dapat dipelihara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...