(TERKINI) Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April Ini

COVID-19

(TERKINI) Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April Ini

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja selesai mengadakan satu perutusan khas COVID-19. Di dalam perutusan kali ini, beliau mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan kepada dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April ini.

Sebelum ini fasa kedua PKP diumumkan akan dilakukan sehingga 14 April sahaja. Namun, dengan pengumuman terkini ianya bakal dilanjutkan kepada dua minggu lagi. Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bersama-sama mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan.

Advertisement

Perdana Menteri turut memberitahu pelaksanaan PKP yang dilakukan sejak 18 Mac yang lalu telah banyak membantu membendung penularan wabak COVID-19. Lanjutan tempoh PKP ini dilakukan bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan menangani COVID-19 dan pada masa sama mengelak penularannya dalam kalangan masyarakat.

Memahami impak lanjutan tempoh PKP kepada rakyat, beliau memberitahu beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat. Tetapi ianya akan memerlukan pengawasan yang lebih ketat dan jika dilanggar, kebenaran tersebut akan ditarik semula.

“Sebuah jawatankuasa kabinet diwujudkan untuk meneliti sektor ekonomi yang mana akan dipilih. Tetapi ini bukan bermakna kelonggaran kepada PKP.”

Perdana Menteri akan mengumumkan lebih lanjut mengenai hal ini dalam masa yang terdekat. Selain itu, sekolah-sekolah juga mungkin akan ditangguhkan pembukaannya bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh berlaku. Sesi persekolahan hanya akan dibuka apabila keadaan sudah pulih sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...