Penyanyi, Mila Jirin mengakui bahawa situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia khususnya Malaysia sedikit sebanyak memberikan impak besar kepada perniagaan yang dia usahakan.
Kenyataan Mila itu tidak dapat dinafikan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan situasi pandemik Covid-19 sebelum ini sememangnya memberi pelbagai impak buat kebanyakan orang.
Bukan itu sahaja, situasi pandemik yang melanda turut menjejaskan banyak sektor dalam negara termasuklah sektor ekonomi dan perniagaan.
Hargai orang yang bersama-sama mu KETIKA WAKTU SUKAR. Allah hantar mereka untuk berjuang bersama.
Tambah Mila, dia kini sudah mulai sedar tentang kewujudan situasi soal ikhlas atau sebaliknya ketika ditimpa pelbagai ujian sebelum ini namun tetap percaya setiap perkara yang berlaku adalah perancangan hebat dari Yang Maha Esa.
Sekadar info, Mila yang mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla pernah memaklumkan kekecewaan yang dirasai selepas perniagaannya itu masih tidak boleh beroperasi biarpun beberapa perniagaan lain sudah boleh berjalan seperti biasa.
Namun, Mila telah meluahkan rasa syukur selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana perniagaannya dapat kembali beroperasi selepas hampir dua tahun tidak dibenarkan beroperasi.