“Bila Sibuk Tu Maknanya Rezeki Makin Melimpah” – Netizen Puji Cara Mila Jirin Urus Masa

Hiburan

“Bila Sibuk Tu Maknanya Rezeki Makin Melimpah” – Netizen Puji Cara Mila Jirin Urus Masa

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin kini semakin sibuk mengurus perniagaannya yang sebelum ini terhenti seketika disebabkan pandemik Covid-19.

Mila Jirin
2 years ago

"Saya Bukan Anti-Vaksin, Tapi Untuk Anak, Saya Tak Setuju!" - Mila Jirin

Advertisement

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla binti Jirin akui rasa bersyukur pada Sang Pencipta kerana mempermudahkan segala urusannya walaupun semakin sibuk mengurus syarikat-syarikat yang dimiliki sambil menjaga hal rumahtangga.

Mila Jirin

Menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, Mila, 33, berkata dia tidak mengambil sebarang orang gaji walaupun sangat sibuk, kerana percaya Allah SWT akan mudahkan semua urusanya.

Alhamdulillah walaupun tak ada maid, Allah tetap mudahkan urusan. Walaupun memang tersangat busy. Tak sempat dah nak mengelamun.

Penyanyi Bukan Isteri Sempurna itu berkata jika Allah mudahkan urusan kita, tiada sesiapa dapat menghalang dan andai Allah cukupkan waktu, dengan Izin Allah semua dapat diselesaikan.

Namun, disebabkan terlalu sibuk Mila memohon maaf kepada yang menghantar mesej di media sosial dan di aplikasi WhatsApp kerana sudah kurang melihat platform tersebut.

Cuma mohon maaf saya kurang ber media sosial jawab-jawab komen, DM, repost IG Story sebab memang tak sempat. Whatsapp pun lambat sikit reply sebab tak menang kaki dan tangan. Ni anak baru sorang, syarikat diuruskan baru 6 Syarikat.

Menerusi ruangan komen, perkongsian Mila itu di sambut baik dan positif oleh orang ramai yang memuji kehandalannya dalam membahagi masa untuk urusan perniasaan dan hal rumah tangga.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...