“Pinjam Duit Orang Lain Kau Sebut, Pinjam Duit Aku Taknak Cerita Sampai Jual Tanah Nak Tolong…” – Datin Red Selar Siapa?

Hiburan

“Pinjam Duit Orang Lain Kau Sebut, Pinjam Duit Aku Taknak Cerita Sampai Jual Tanah Nak Tolong…” – Datin Red Selar Siapa?

Hantaran isteri pertama Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila di Instagram story mendapat perhatian dan mengundang tanda tanya.

Menerusi perkongsian tersebut, kata-kata dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai Datin Red itu dilihat berbentuk luahan dan rasa marah.

Advertisement

 

Jual tanah nak bantu siapa?

Berdasarkan kenyataan tersebut, Datin Red seperti kecewa dengan individu yang dimaksudkan kerana tidak berterima kasih kepadanya selepas pengorbanan yang dilakukan.

Pinjam duit orang lain kau mention. Yang kau pinjam duit aku taknak pula cerita. Kita ini sampai jual tanah nak tolong dia.

datin red

 

Time will reveal…

Dalam pada itu, Datin Red turut berkata dia berserah dengan Allah SWT dan yakin bahawa akan tiba masanya semua perkara dimaksudkan akan terdedah suatu hari nanti.

Meski tidak menyebut mana-mana nama pihak yang dikatakn itu namun ia dipercayai ada kaitan dengan suaminya berhubung kenyataan Datuk Red sebelum ini.

datin red

Bagaimanapun, semakan mendapati Datin Red telah pun memadam perkongsian tersebut di Instagram namun masih mempunyai satu story lain mengatakan Allah itu ada.

datin red

Terdahulu, Datuk Red mencuri perhatian selepas cuba ikhtiar mendapatkan pekerjaan menerusi media sosial serta turut mendedahkan dirinya muflis sejak 2019.

Kata usahawan itu lagi, hutangnya mencecah jutaan ringgit dan dia berterima kasih kepada isteri keduanya, Adira kerana meminjamkan wang serta membantu menanggung perbelanjaan rumah tangga.

datuk red adira
4 weeks ago

Hutang Cecah 5 Juta, Datuk Red Dedah Adira Banyak Bantu Sejak Muflis Tahun 2019 - "Lima Tahun Dia Tanggung Biawak Hidup"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...