October 31st, 2014

Perghh~~ Selama ini Abang Nara ingatkan gelaran ‘Datuk’ akan membawa kebahagiaan, kesenangan dan kemewahan kepada sesiapa yang memilikinya. Rupa-rupanya boleh sampai kena penyakit mental. Kesian pula kepada Pian Cecupak yang disahkan menghidapi sakit mental akibat tidak tahan dengan hinaan, cacian dan tohmahan daripada orang ramai selepas menerima gelaran ‘Datuk’ daripada kerajaan Naning. Untuk makluman, gelaran tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.

pian cecupak gelaran datujk

Selain daripada Pian Cecupak, turut sama menerima Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning ialah Boy Iman dan Nash. Akibat kata-kata kesat yang diterima, Pian Cecupak telah mengalami kemurungan dan disahkan menghidap penyakit mental oleh Hospital Kuala Lumpur pada Ogos lalu. Kata Pian:-

Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini. Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan

datuk

Kalau dah sampai kena penyakit mental akibat gelaran ‘Datuk’ yang tidak diiktiraf ini, lebih baiklah Pian Cecupak pulangkan balik jer darjah anugerah yang diterima. Hidup macam orang biasa lagi bagus. Tak ada nak stress, tak ada nak tertekan, tak ada sampai kena jalani rawatan selama 8 bulan. Tak gitu? Diharap nasib yang sama tidak menimpa Nash atau pun Boy Iman. Sedih juga kalau orang lain turut mengalami tekanan mental yang sama. Sumber Mstar Online.

P.S: Ford umum harga Fiesta ST


Comments are closed.

Loading...