May 8th, 2014

Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penganugerahan gelaran Datuk kepada Pian Cecupak, Boy Iman dan Nash. Mereka bertiga dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini. Banyak pihak yang mempertikaikan pemberian ini terutamanya kepada Pian Cecupak dan Boy Iman yang dilihat tidak banyak jasa kepada industri hiburan tanah air. Kalau Nash bolehlah lagi kerana nampak juga kehebatannya.

datuk pian cecupak

Walau dipertikai oleh kebanyakan pihak, Pian Cecupak melahirkan rasa syukurnya atas gelaran Datuk ini. Kata Pian menerusi Sinar Harian:-

Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid. Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT. Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini

Abang Nara agak tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Boy Iman mengenai penglibatannya dalam menjayakan program melibatkan kerajaan Naning. Setahu Abang Nara, negara kita tak ada negeri bernama Naning. Malah kalau tak silap Abang Nara, diri ini pernah terbaca mengenai sindiket gelaran Datuk yang melibatkan kerajaan Naning. Tak tahulah benar atau tidak. Kata Boy Iman:-

Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi. Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya. Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis

datuk pian cecupak

Tapi kalau dah ada orang nak bagi gelaran Datuk kat kita, takkanlah nak tolak kan? Terima jerlah dengan hati terbuka. Tahniahlah diucapkan kepada Pian Cecupak, Boy Iman dan Nash atas penganugerahan ini. Semoga selepas ini makin aktif membuat amal kebajikan dan membantu orang ramai. Tahniah!!!

datuk pian cecupakP.S: MisClaire kembali lagi dengan promosi yang SANGAT HEBAT.  Chiffon maxi dress ini dijual dengan harga RM69 dan jika anda membeli 2 helai, diskaun sebanyak 50% akan diberikan. Jangan risau mengenai saiz kerana ia disediakan sehingga 3XL atau saiz 44. Marilah beli beramai-ramai dan bergaya dengan MisClaire di pagi Hari Raya nanti. Untuk lihat lebih banyak koleksi mereka, jangan lupa LIKE  Facebook Misclaire dan Instagram Misclaire.

 


Comments are closed.

Loading...