Petah Sampaikan Berita, Wartawan ‘Cilik’ Ini Raih Pujian Netizen

Kehidupan

Petah Sampaikan Berita, Wartawan ‘Cilik’ Ini Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini tular di rata-rata media sosial, video memaparkan seorang budak lelaki yang melaporkan kejadian menjumpai seekor ular sawa di dalam longkang di kawasan perumahannya dipercayai di Kedah.

Menerusi video tersebut, budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Haziq telah memberikan butiran-butiran terperinci kejadian dan membuatkan para penonton turut berasa cemas dengan situasi tersebut.

Advertisement

Lebih menarik, Haziq turut gigih menyuluh lampu pada ular tersebut agar kelihatan di video sekaligus penonton dapat melihatnya.

haziq

Kepetahannya menyampaikan berita secara spontan mendapat perhatian orang ramai.

“Boleh pergi jauh dalam dunia wartawan ni,” tulis seorang netizen.

“Ada bakat ni, cuma perlukan sedikit ketenangan,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Selain itu, rata-rata netizen turut memuji kebijakkan Haziq dalam penggunaan bahasa dan kata yang tepat dalam penyampaian beritanya.

“Bangga cikgu BM awak adik,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Kalau buat karangan BM mesti A+ ni,” tulis seorang lagi warganet.

Gaji pemain bola sepak Lee Zii Jia
2 years ago

Tak Pernah Masuk Piala Dunia Tapi Gaji Banyak, Netizen Banding Gaji Lee Zii Jia Dengan Pemain Bola Sepak Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...