Tak Pernah Masuk Piala Dunia Tapi Gaji Banyak, Netizen Banding Gaji Lee Zii Jia Dengan Pemain Bola Sepak Malaysia

Kehidupan

Tak Pernah Masuk Piala Dunia Tapi Gaji Banyak, Netizen Banding Gaji Lee Zii Jia Dengan Pemain Bola Sepak Malaysia

Menjadi atlet sukan yang mewakili negara pastinya memerlukan pengorbanan yang banyak dan seharusnya dibayar dengan setimpal, seiring dengan pencapaian dan kejayaan yang dikecapi sepanjang penglibatan mereka di arena sukan.

Namun, pendedahan mengenai bayaran gaji yang diterima atlet badminton perseorangan negara telah dipertikaikan oleh segelintir netizen kerana mereka beranggapan ianya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pencapaian yang pernah digapai olehnya sebelum ini.

Advertisement
atlet badmintonSumber : Google  

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter memuat naik keratan berita yang memaparkan gaji pemain bola sepak tempatan dan membandingkan ia dengan gaji yang diperoleh Lee Zii Jia.

Difahamkan, gaji Lee Zii Jia sebagai seorang atlet badminton hanyalah sebanyak RM8,000 sebulan manakala bintang bola sepak pula boleh mencecah sehingga ratusan ribu sebulan!

Sehubungan dengan itu, ramai mempersoalkan keperluan membayar gaji sebanyak itu terutamanya kepada pemain bola yang diimport dari negara luar.

Manakala Lee Zii Jia yang pernah memasuki piala dunia hanya dibayar ‘ala kadar’ dan ada juga yang menganggap atlet lain pula mungkin dibayar lagi rendah daripada sepatutnya.

“Gaji pemain bola di Malaysia semua tinggi-tinggi, tapi taraf permainan masih di tahap rendah. Satu pembaziran.” tulis seorang netizen.

“Bergantung pada kelab bola masing-masing. Ada yang sampai cecah RM250k, kalau kelab tu kayalah.” komen @AfiqUmar pula.

BAM larang Lee Zii Jia sertai pertandingan antarabangsa
2 years ago

Hukuman Buat Lee Zii Jia, BAM Larang Sertai Pertandingan Antarabangsa 2 Tahun

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...