Peserta Paling Muda Raih Gelaran Miss Universe, Jom Kenali Harnaaz Kaur Sandhu

Dunia

Peserta Paling Muda Raih Gelaran Miss Universe, Jom Kenali Harnaaz Kaur Sandhu

Peserta dari India, Harnaaz Sandhu telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 yang diadakan di Israel, 12 Disember lalu.

Gadis berusia 21 tahun ini, menewaskan 79 peserta lain, selain Miss Paraguay, Nadia Ferreira dan Miss South Africa, Lalela Mswane yang bergelar naib juara dan tempat ketiga.

Advertisement

Pencapaiannya disambut baik oleh penduduk negara asalnya yang menyaksikan acara antarabangsa ini, lebih-lebih lagi selepas kali terakhir gelaran Miss Universe dimenangi wakil India pada tahun 2000.

Jom kenali 10 fakta tentang Miss Universe 2021

1. Harnaaz merupakan peserta paling muda meraih gelaran Miss Universe pada usia yang baru mencecah 21 tahun.

2. Dilahirkan dan dibesarkan di kampung Kohali di daerah Gurdaspur, dan menamatkan pendidikannya di Chandigarh, sebuah bandar di Punjab, India.

3. Harnaaz kini sedang menamatkan pengajian sarjana dalam bidang pentadbiran awam.

4. Menurut Style, Harnaaz telah berkecimpung dalam dunia fesyen serta membintangi beberapa filem Punjabi seperti Bai Ji Kuttange dan Yaara Diyan Poo Baran, sekaligus menunjukkan Haarnaz cuba mengikut jejak idolanya Priyanka Chopra.

5. Pada masa lapang, Harnaaz akan melalukan hobi kegemarannya iaitu melakukan senaman yoga, menari, memasak, menunggang kuda dan bermain catur.

6. Harnaaz memegang beberapa gelaran pertandingan, termasuk LIVA Miss Diva Universe 2021, dan dinobatkan sebagai Times fresh face Miss Chandigarh pada 2017 juga pemenang Miss Max Emerging Star India pada 2018 dan menjadi Miss India Punjab Femina pada 2019.

7. Menjadi lambang kebanggaan India apabila Harnaaz merupakan wanita ketiga pemenang Miss Universe mewakili India selepas Lara Dutta pada tahun 2000 dan Sushmita Sen pada tahun 1994.

8. Harnaaz menyokong isu-isu pemanasan global, pemuliharaan alam semula jadi dan juga sering terlibat dalam aktivisme yang berkait rapat dengan kesihatan.

9. Inspirasi terbesarnya datang dari ibunya, Ruby Sandhu, seorang pakar sakit puan. Profesion ini masih agak jarang dan ia sangat diperlukan di India.

10. Harnaaz memberikan sokongan kepada Smile Train, sebuah badan amal yang menumpukan pada penyediaan pembedahan bibir sumbing percuma di India.

Patutla Harnaaz Sandhu berjaya menarik perhatian juri Miss Universe 2021 pada malam itu, dia memang suka menyampaikan mesej positifnya kepada semua warga dunia. Tahniah sekali lagi diucapkan!

Datuk Red
30 mins ago

"Adira Tak Kacau Orang, You Pun Jangan Kacau Orang, Yang Salah Saya" - Datuk Red

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...