Pertunangan Terputus Bukan Sebab Orang Ketiga, Intan Najuwa Minta Jangan Libatkan Zul Ariffin

Hiburan

Pertunangan Terputus Bukan Sebab Orang Ketiga, Intan Najuwa Minta Jangan Libatkan Zul Ariffin

Selepas lama mendiamkan diri, Intan Najuwa mengesahkan bahawa dia dan bekas tunangnya, Razrul Anwar sememangnya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Walaubagaimanapun, tanpa diduga, terdapat khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa keretakan hubungan tersebut berpunca daripada Zul Ariffin. Pun begitu, pelakon lelaki itu tampil menafikannya.

Advertisement

3 years ago

"Saya Pun Tak Tahu Dia Dah Putus.." Zul Ariffin Nafi Jadi Punca Intan Najuwa Putus Tunang

intan najuwa dan zul ariffin

Malah Intan sekali lagi tampil memberikan kenyataan kepada mStar dan meminta agar semua orang tidak mengaitkan orang lain termasuklah Zul ke dalam kisahnya bersama bekas tunang.

“Saya dan bekas tunang sudah lama putus… hubungan kami berakhir pun bukan disebabkan Zul atau mana-mana orang
ketiga. Zul tiada kena mengena langsung. Saya tak nak libatkan nama orang lain dalam isu saya.”

Tambah Intan, dia tidak kisah dikritik namun janganlah libatkan pihak lain dalam isu yang melibatkan dirinya.

“Saya harap selepas ini, tiada lagi mana-mana pihak yang cuba kaitkan nama orang lain. Saya tak kisah dikecam tapi jangan
kaitkan orang lain dengan isu saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa, 23 ?? (@intannajuwa)

Harap khabar angin ini reda selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...