Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tampil mempertikaikan cuti khas yang diberikan kepada negeri Wilayah Persekutuan selepas pasukan bola sepak KL City FC telah menjulang Piala Malaysia pada hari Selasa lalu.
Ujar Teresa, tidak salah untuk memberikan penghargaan kepada pasukan bola sepak itu seperti dari segi hadiah atau ganjaran namun jika diumumkan cuti secara tiba-tiba, beliau berpendapat tindakan tersebut telah menyebabkan kesukaran kepada banyak pihak.
Jelasnya lagi, bukan semua rakyat meminati sukan bola sepak dan memerlukan cuti seperti itu.
Kalau nak bagi RM1 juta seorang, teruskan, tapi jangan umum cuti secara tiba-tiba. Bukan semua orang adalah peminat bola sepak, bukan semua orang perlu cuti seperti ini.
Tambahnya lagi, Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan pengumuman cuti secara tiba-tiba itu perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan perlu mendapatkan konsultasi dengan banyak pihak.
Kata Teresa, cuti tersebut telah menyukarkan beberapa syarikat utama seperti bank dan industri penting yang sudah mengatur pengeluaran pada hari tersebut.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu telah mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi negeri Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari ini, Jumaat, 3 Disember 2021.
Pengisytiharan tersebut dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.
Kiki
December 3, 2021 at 12:57 pm
Tak nak cuti tak payahlah cuti. Macam kita orang ada perayaan tertentu company tak ambil dan gantikan dgn cuti ganti. Jadi pada hari berkenaan masing2 bekerja seperti biasa. Bukan semua org minat bola tapi mostly suka bila dapat cuti. Boleh rehat2.. Yang nak kerja, silakan. Bole je cakap kat client untuk berurusan seperti biasa pada hari ini.
Lala
December 3, 2021 at 12:26 pm
sangat setuju… seriously, tak ada keperluan untuk cuti…
anonymous
December 3, 2021 at 11:29 am
dengki le tuu