Pertama Kali Jumpa Ibu ‘BF’, Gadis Terkejut Disuruh Basuh Pinggan – “Dah Terbayang Kalau Jadi Menantu Nanti”

Kehidupan

Pertama Kali Jumpa Ibu ‘BF’, Gadis Terkejut Disuruh Basuh Pinggan – “Dah Terbayang Kalau Jadi Menantu Nanti”

Sebagai seorang wanita, pasti ramai yang mahu memberikan tanggapan atau ‘first impression’ yang baik terhadap bakal ibu bapa mentua.

Namun, berbeza pula dengan seorang gadis dikenali sebagai Bella Deasy yang berkongsi pengalaman ketika pertama kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya.

Advertisement

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, gadis itu terkejut apabila dia disuruh untuk memanaskan semula makanan yang dihidang.

Masa nak panaskan makanan, mak dia cakap ‘tak boleh masak kan?‘. Saya cakap ‘boleh makcik‘.

Bukan itu sahaja, dia turut ditenung tajam dan diperhatikan oleh ibu teman lelakinya itu seolah-olah dia tidak tahu untuk membuat kerja rumah.

Saya check minyak dah panas ke belum, mak dia cakap ‘masukkan jela tangan tu sekali‘.

Malah, sebagai tetamu gadis itu berharap ibu kekasihnya akan melarang untuk mencuci pinggan kotor namun disuruh untuk membasuh pinggan-pinggan lain yang telah digunakan orang di rumah tersebut.

Saya ambil keputusan untuk tak teruskan hubungan tu sebab saya dah tahu dan terbayang macam mana jadi menantu dia.

Sehingga kini, perkongsian gadis itu telah mendapat pelbagai respon daripada rata-rata pengguna media sosial sehingga meraih 8.7M tontonan, 642.1K tanda suka, dan 10.7K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, terdapat netizen yang bersetuju dengan tindakan gadis itu menamatkan hubungan cinta dengan teman lelakinya itu kerana akan menyesali nasibnya di kemudian hari.

Namun, perkara tersebut turut mengundang perdebatan segelintir pihak kerana menganggap tugas yang disuruh itu merupakan perkara biasa.

@belladeasy

#stitch dengan @Nahda Azahra ampun tante. Terimakasiii ??

? suara asli – Bella Deasy – Bella Deasy

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Novel wattpad, suamiku cold mafia
1 year ago

"Kalau Kau Tak Bagi, Aku R*gol Kau!" - Karya Novel Didakwa Bawa Unsur S*ks Melampau, Netizen Gesa Boikot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...